Social Icons

Pages

Wednesday, July 25, 2012

HOT NEWS !!! #JANJIDITEPATI !!! KENAPA PAKATAN HARAM MEROYAN DENGAN TEMA HARI KEMERDEKAAN???


Slogannya mudah,“Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan pakatan haram meroyan.Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pakatan haram telah tanpa segan silunya,meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini.Marah benar mereka dengannya.Tidak semena-mena,slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik.Tidak dapat difahami,di manakah politiknya dalam menepati janji ??? Sedangkan,yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan,bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati.Malang bagi pakatan haram apabila slogan ‘Janji DiTepati’ yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula.Maka,dua kali meroyanlah puak pakatan haram ni.Sakit benar puak pakatan haram apabila ditampar oleh slogan ini.Maklumlah,mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka.Lihat saja Kampung Buah Pala,Pulau Pinang di mana MEREKA berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya,kampung itu yang lenyap begitu saja.siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September ??? Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU pada tahun 1999 ???.

Ada juga janji ‘syurga akhirat’ tetapi hasilnya ialah ‘syurga dunia’ iaitu rumah-rumah urut,pusat karaoke,pusat judi dan hiburan malam yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri yang diperintah mereka.Sungguhpun begitu,pakatan haram tidak serik untuk berjanji.Sehingga hari ini,pakatan haram terus-terusan menabur janji,pendidikan percuma lah,harga minyak turunlah,penghapusan tol dan berbagai-bagai lagi janji yang tak masuk akal.Sedangkan,setelah 3 tahun memerintah di beberapa negeri,pakatan haram masih gagal memenuhi manifesto mereka termasuk yang mudah-mudah.Malah dalam beberapa janji ‘bulan-bintang’ yang dibuat,hasilnya ialah ‘racun-tuba’.Contohnya,tariff air di Kedah dan bekalan air di Selangor.Walaupun dibentangkan logik matematik untuk menangkis janji tidak masuk akal mereka, pembangkang tetap tegar mengulangi janji yang sama.Kerana apa ??? Kerana itu saja yang mereka mampu lakukan iaitu ‘berjanji’ dan bukan ‘menepati janji’.

Dengan mengambil sikap meroyan sebegini,jelaslah bahawa pakatan haram cukup sedar akan ketidakmampuan mereka memenuhi janji.Kerana itu,pakatan haram benar-benar fobia dengan ayat ‘janji ditepati’ ini.Hakikatnya,‘janji ditepati’ adalah slogan kerajaan,bukan UMNO dan bukan BN.Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya. Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya.Tidak wajar kita mengaitkan segala-galanya dengan politik sepertimana yang cuba diterapkan oleh pakatan haram.Jika kita melihat dunia secara jujur,kita pasti memahami bahawa tiada salahnya dengan slogan yang membawa kebenaran.Lainlah jika slogannya bertulis ‘janji ditepati’ tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tetapi,hari ini,kita menerima segala-galanya yang dijanjikan oleh kerajaan,maka kenapakah kita perlu mempertikaikan tema yang benar tersebut ???

pakatan haram boleh menuduh tema yang jujur itu sebagai politik, tetapi apa yang penting di sini adalah kejujuran itu sendiri yang mana pembangkang tidak memilikinya.Kerana itulah mereka meroyan dan menggelupur bagai cacing kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Jawapan saya amat mudah. Sepatutnya PAS yang kononnya Islam tu perlu menyokong penuh tema ini. Sebabnya. Rasulullah telah menyebut 3 ciri manusia munafik iaitu bercakap bohong, janji tak ditepati dan amanah dikhianati. Tema ini berteraskan Islam. Kalau janji dimungkiri maknanya munafik. Orang munafik masuk neraka dulu dari golongan kafir. Zaman Rasulullah dan sahabat, golongan ini diperangi. Mereka marah sebab mereka tak pernah berniat memenuhi janji mereka. Janji mereka hanya untuk dapat undi bukan untuk ditunaikan. sebab itulah mereka marah. jawapan ini akan membuatkan mereka diam.

Anonymous said...

betul 2 anon..aku setuju..puak pakatan ni baghal..semua x setuju.kalau x setuju apa kata laksanakan janji 2??

Anonymous said...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=4277519493590&set=p.4277519493590&type=1&theater

Anonymous said...

di dalam hamPAS mana ada lagi golongan ulama? yang ada sekarang Penyanyi/pelakon/peliwat/penzina Ganti ulama (PGU) seperti yang tertera pada banner2 parti beliau...

Anonymous said...

Emm..entah lah. Aku cuma rasa xbrapa kena slogan ni utk hari kemerdekaan. utk pilihanraya ok lah. "janji ditepati" tu ungkapan atau slogan krajaan utk rakyat. Tp hari kemerdekaan tu perayaan sambut ulang tahun kemerdekaan negara kita...so slogan pun mestilah ada bunyi sambutan perayaan utk rakyat. Bkn utk sambut kejayaan parti....sekadar pendapat.

 
 
Blogger Templates