Mimpi ngeri yang menimpa seorang wanita dan bayinya yang baru berusia 14 bulan selepas dihalang menaiki pernerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh,Vietnam ke Malaysia sudah pun berakhir sebaik mereka selamat sampai di di KLIA tepat jam 7.45 19 Mei 2013.Mereka tidak dibenarkan menyertai pernerbangan Air Asia atas alasan bayi 14 bulan itu dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.Kedua-dua beranak itu kemudiannya di bawa pulang ke Malaysia dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua saudara yang lain.Jika tidak terpaksalah mereka terkontang kanting di Vietnam untuk selama lima hari lagi.Turut sama menjayakan misi penerbangan ehsan itu termasuklah Tourism Malaysia, Kedutaan Malaysia di Vietnam, Hong Leong Bank serta kakitangan MAS.
Inisiatif kesemua pihak di atas wajar diberi pujian kerana masih mengutamakan sifat kemanusiaan yang cukup tinggi.Tahniah diucapkan.Meskipun begitu bukan bermakna trauma yang mereka alami telah berlalu pergi kerana peristiwa tersebut tentunya melekat dalam ingatan untuk tempoh masa yang sama,barangkali kalau melihat logo Air Asia di kaca TV pun boleh mengundang imbasan yang tidak menyenangkan itu.Sukar dipercayai sama sekali perkara ini berlaku,jika tidak kerana keprihatinan wartawan TV3,Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian barangkali kes ini hanya dipandang sepi seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kisah yang menimpa mereka berdua cukup menyentuh perasaan ramai di masa yang sama membongkar sisi gelap syarikat penerbangan murah Air Asia yang memperlihatkan ketinggian ego dan betapa rendahnya sifat kemanusiaan syarikat itu.Apapun,sekali lagi kita ucapkan terima kasih kepada pihak MAS dan semua yang terlibat di atas jasa baik dan sikap kemanusiaan yang ditunjukkan dan ia satu tindakan terpuji dan cukup menyentuh hati khalayak.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
sikap kepimpinan MAS di bawah Ahmad Jauhari memang berbeda berbanding masa lalu. Semoga MAS bertambah maju dengan sokongan RAKYAT dengan memulaukan AIRASIA.
Post a Comment