Social Icons

Pages

Wednesday, May 01, 2013

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! KEKAYAAN LUAR BIASA ANWAR IBRAHIM SEMASA BERKEMPEN DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS,kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja,sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar,kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah,ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan. 


Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat,namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.Selain itu,gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini,nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil,agak mustahil. 

 Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada,nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya,inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR,ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut.Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.Namun untuk mendapat kepastiannya,Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya.Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya,itu lebih baik.

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

BATANG PELIAQ ANUWAT SAJA DAH BERAPA JUTA RM...

Anonymous said...

rakyat boleh nilai,belum lagi jadi pm beliau dah bermewah kalau jadi rasanya beliau beli airbus 380 utk kegunaan peribadi kot

M A F I A_Creative said...

Baru sekejap tadi,ada beberapa ahli pakatan rakyat melaungkan BN memang bodoh! Orang BN memang bodoh!.....tiba2 hati aku jdi panas!geram bila org tua tu ckp mcm tu!dah la tua,nak mampos boleh plak ckp mcm tu!ape salah BN tu kat dia gua tak tau la,lagipun pandai sgt ke dia sampai perbodohkan org,dia yang bangsat,belajar tak tinggi pastu nak ckp org bodoh,gerammmmmmmmmmnyer
sape2 boleh tlg report polis yang bilik gerakan pakatan rakyat dah buat onar!memekik tiap2 malam2,mengalahkan budak2 je

M A F I A_Creative said...

AADK ada buat slogan BELIA BENCI DADAH, tapi tuk PRU13 ni gua buat satu slogan! BELIA BENCI PAKATAN RAKYAT!HIDUP BARISAN,HIDUP BARISAN,HIDUP BARISAN!
Malaysia ni kalau badut melayu si anwar dol tu takde mesti aman punya!napelah dulu DR.M tak pancung jer kepala dia,ni dia wat come back leh merosakkan negara,klau pakatan menang jawabnyer tergadailah negara,13 mei mesti jadi lagi,waktu tu baru penyokong pakatan sedar diri yg diorg tu bodoh mcm keldai.....
geram btl aku dengan pakatan ni!taksub sangat!mcm musibat

Anonymous said...

1. Hapuskan TOL
2. Turun Harga Petrol 40sen
3. Pendidikan dari Sekolah hingga Universiti Percuma.
4. Hapuskan PTPTN..
5. Penurunan harga Kereta sebanyak 30%..
6. Air percuma.
7. Cas Elektrik diturunkan..
8. Penurunan Harga Rumah..
9. Hapuskan Saman AES.
10. Wifi / Internet Percuma….

Dan yang Paling Utama:
1. Pelaksanaan Hukum Allah..
2. Menghapuskan Rasuah..
3. Pulihkan sistem kehakiman…
4. Menghapuskan Riba / Interest..
5. Pelaksaan Dinar Emas dan Perak..
6. Pembelaan Nasib umat islam di palestin, Rohingya dan lain2 negara..

InsyaAllah… Semua ini akan ditunaikan seawal hari Selasa ini secara perperingkat…

Kerajaan Pakatan Rakyat di empat2 negeri telah terbukti dengan melaksanakan janji...

Ingat kata2 Ketua Audit Negara:
Keempat2 negeri dibawah Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan prestasi, Penurunan kadar Hutang negeri, penurunan indeks rasuah, peningkatan pendapatan hasil negeri berbanding dengan negeri2 lain di bawah BN yang mendapat prestasi teruk…

Ingat!!..
Dr. Yusuf Qaradawi (ulama islam No.1 dunia) telah mengatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling layak…

Marilah tukar kepada Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) ..
Allahu Akhbar!!…
Ini Kalilah…

 
 
Blogger Templates