Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 26 Ogos 2013 menyiarkan berita berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dijadualkan bulan ini.Kenyataan yang dibuat di Seremban sehari sebelum itu bertajuk Terima perwakilan menentang pemimpin parti,yang penting jangan menentang parti : Lim Guan Eng disiarkan dalam ruangan dalam negeri.Guan Eng menegaskan,beliau boleh terima ada perwakilan pada pemilihan itu membuat keputusan untuk menentang mana-mana pemimpin.Beliau berkata,itu adalah hak peribadi masing-masing,tetapi jangan sampai berlaku tindakan menentang parti.Kita risau ada sesetengah orang, di luarannya seperti memakai logo dan lencana DAP,tetapi jiwa mereka bersama Barisan Nasional (BN).Ini termasuk orang-orang yang membuat aduan kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.
Menurutnya,serangan paling hebat terhadap DAP itu telah menyebabkan parti itu dipaksa menelan bangkai kucing.DAP tidak boleh ambil risiko dan perlu mengadakan pemilihan sekali lagi untuk selamatkan parti. Isu yang lain-lain pula,perlu diselesaikan satu persatu," ujarnya.Beliau menambah,pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas,tiket undi yang menyokong BN adalah rendah. Bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap perkara ini,maka dipergunakan taktik politik dan salah satunya melalui ROS yang mengeluarkan arahan tidak wajar dan tidak patut agar DAP mengadakan pemilihan sekali lagi, untuk menghancurkan parti itu," katanya.Beliau berkata,perjuangan DAP selama 40 tahun tidak mudah untuk dihapuskan dan sehubungan itu menyeru semua perwakilan di seluruh negara agar bersungguh-sungguh tampil pada pemilihan semula itu untuk menyelamatkan parti.
Katanya,langkah dan taktik kedua BN adalah memainkan isu perkauman melalui tayangan filem Tanda Putera dimana terdapat babak seorang pelakon tambahan daripada pejabat bekas Menteri Besar Selangor yang berniat untuk menimbulkan isu dan semangat perkauman.Pengarah filem ini mengakui,ia semata-mata sebuah tayangan wayang gambar biasa, tetapi penggambaran itu ditaja oleh kerajaan dan ini menunjukkan BN mahu menimbulkan semangat perkauman," ujarnya.Tambah beliau,langkah dan taktik ketiga BN adalah melaksanakan pendidikan satu aliran dengan tujuan dan matlamat terakhir mereka ialah mahu menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). - Isu-Isu Akhbar Cina
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Dah LGE ni buat hal pasal sokolah vernikular Cina. Mana ada negara dalam dunia ni yang memberi ruang sekolah Cina ditubuhkan dan membiar berkembang. Singapura puntidak membenarkan Sekolah Cina. Apa lu mau LGE. Kalau mahu tengok banyak Cina lu berambus ke Singapura lagi bagus. LKS boleh ikut sama nanti enjoy demokrasi di Singapura sama LKY.
Post a Comment