Social Icons

Pages

Sunday, October 13, 2013

TERKINI !!! YB @KHAIRYKJ,DS SHAHRIZAT DAN MAS ERMIEYATI MENDAHULUICARTA !!!

umno-menang1xx

KEMASKINI: 10.45 MALAM - Kalau ikut keputusan tidak rasmi ketiga-tiga Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati sudah menang. Pada jam 10.40 malam Ketua Pemuda,Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO ini sudah memasuki bilik VIP di tingkat 5 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Mereka di situ bersama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.Para wartawan dan jurugambar semua sedang standby menanti mereka dijangka akan beredar ke tingkat 4 untuk pengumuman rasmi kemenangan.Keputusan rasmi agak lewat sikit berbanding keputusan tidak rasmi yang diketahui menerusi sumber-sumber yang layak dipercayai.Ini kerana keputusan rasmi perlu melalui pengesahan Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu sebelum diumumkan.
9.20 MALAM - Khairy Jamaluddin terus mengekalkan penguasaan keatas undi untuk pertahan jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia.Setakat ini mengikut keputusan tidak rasmi beliau sudah dapat 115 undi dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara.Empat pencabarnya belum dapat sebarang undi.Pencabar utamanya,anak kepada Tan Sri Sanusi Jund,Akramsyah tidak dapat undi dari bahagian beliau sendiri,Langkawi.Beliau juga tidak dapat undi dari Jerlun dan Kubang Pasu.Sementara itu Mas Ermieyati  sudah dapat 80 undi terus leading jauh berbanding pencabarnya Jamilah Hanim 24 undi bagi jawatan Ketua Puteri UMNO.Datuk Seri Shahrizat Jalil juga sudah tinggal jauh Datuk Maznah Mazlan.Beliau sudah dapat 43 undi manakala Maznah dua.

6.00 PETANG - Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian. Sumber-sumber yang layak dipercayai berkata dari 60 bahagian yang sudah dikira semuanya solid undi beliau.Untuk jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Mas Ermieyati 38 undi jauh mendahului saingan tunggalnya, Jamilah Hanim 10.Datuk Seri Shahrizat pula leading untuk Ketua Wanita. Beliau dapat empat undi.Maznah Mazlan baru dapat satu dari UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur manakala calon ketiga Raihan Sulaiman Palestin belum dapat undi.

SEMENTARA ITU, dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi.Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi.Lain-lain calon belum diumumkan.Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan."Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.-12/10/2013 - Agenda Daily

4 comments:

Anonymous said...

GERAMNYA! Tengoklah EVANGELIS Star MENGAGUNGKAN kemenangan puak Islam/Melayu LIBERAL - dan si JAGUH liberal BONGKAK pula, menuduh seolah yg. mencabarnya, sebagai berhaluan kanan" (right wing")- seolah pelampau 'rasis'lah tu! Jadi apakah maksud si liberal ini, seolah kalau memperjuangkan agenda Islam/umatnya termasuk hak BUMIPUTERA Melayu dgn. amat TEGAS; adalah puak "pelampau"?! Jgnlah angkuh sgt. dgn. kemenanganmu, hai puak liberal UMNO - kami akan terus berdoa kpd. ALLAH SWT melindungi pejuang Islam/Melayu TULENNYA dan menyelamatkan Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kami ini, dr. sebelum dijajah si LIBERAL BRITISH-ZIONIS laknat lagi!

Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/13/Umno-polls-khairy-liberal.aspx, Umno polls: Liberal, progressive agenda has prevailed, says Khairy , by rahimy rahim AND rashvinjeet s.bedi , October 13, 2013:

KUALA LUMPUR: Re-elected Umno youth chief Khairy Jamaluddin said his progressive and liberal agenda has been endorsed by the grassroots.

He said that if the grassroots did not accept the agenda tha he brought along, it would be reflected in the results, pointing out that his opponents used a regressive agenda.

"If I wanted to win comfortably, I could have used a right-wing formula. I wanted to show that you can be a progressive and win in Umno," he said during a press conference at PWTC.

He added that the progressive agenda had to start with the youth who would one day bring the party forward.....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).






Anonymous said...

UMNO BUKAN LAGI PARTI MEMPERJUANGKAN ORANG2 MELAYU...

PERWAKILAN SEMUANYA BUTA TULI BENGONG TAK TAHU KEHENDAK MAJORITI MELAYU, PENGUNDI MELAYU...

UMNO TIDAK LAGI RELEVAN DENGAN KEMENANGAN SI SHARIZAT - LEMBU & CONDO - SI KHAIRI PERASUAH.

UMNO TAK PERLU ANWAR AL-JUBURI IBRAHIM, HADI AL-SONGLAP DUIT DERMA AWANG, NIK AJIS AL BIOL, UNTUK MENGHANCURKAN UMNO DI MATA ORANG MELAYU.. CUKUPLAH DENGAN PERWAKILAN SEMUA MEMILIH SI SHARIZAT & KHAIRI..

TERIMAKASIH PARA PERWAKILAN KERANA MENGUNDI SHARIZAT DAN KHAIRI..

soalannya.. KENAPA SESEORANG PERWAKILAN YANG BERSTATUS BANGKRAP ATAU MUFLIS TIDAK DIBENARKAN MENGUNDI DI DALAM UMNO?

TAPI SI BANGKARAP DAN MUFLIS INI BOLEH PU;AK MENGUNDI SEMASA PILIHARAYA UNTUK MEMILIH KERAJAAN..

ITULAH UNDANG2 YG DIBUAT OLEH PERASUAH, PELOBI, PELAHAP.. HANYA UNTUK MENGHANCURKAN UMNO..

ORANG MELAYU BANGKRAP MUFLIS KENA TUBUH PARTI BARU KE????

siti said...

Amat setuju dengan comment2 anonymous 6.00 diatas...UMNO diambang malapetaka dgn kemenangan puak2 liberal British Zionis anak didik ANUWAR.....rasuah! rasuah! rasuah!

Anonymous said...

a crocdile story

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888

 
 
Blogger Templates