Pertama sekali,ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan
negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP
yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu,yang melakukan serbuan dan
merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang
mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan
Gasing.Atas sebab itu,kerajaan PKR Selangor,pimpinan Abdul Khalid Ibrahim telah
mengarahkan JAIS agarmemulangkan kembali 300 naskhah Bible versi bahasa
Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas sebelum
ini sekiranya kitab tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam
negeri (KDN).Ini bermaksud,Khalid cuba mengelak dari membuatkan keputusan yang bakal
merugikan kerajaan pimpinan pakatan rakyat itu. Ini kerana sekiranya beliau memilih
untuk menyokong tindakan JAIS,maka beliau bakal berdepan dengan ‘amukan’ dari
pimpinan DAP.
Manakala sekiranya beliau memilih untuk tidak menyokong tindakan JAIS, kerajaan
pimpinannya sudah pasti akan menerima kecaman dari masyarakat Islam yang telah
menyokong PR selama ini.Oleh yang demikian,beliau cuba mengambil
jalan selamat dengan meletakkan tekanan tersebut kepada kerajaan persekutuan
walaupun pada hakikatnya,JAIS adalah merupakan jabatan yang diuruskan oleh
kerajaan negeri.Tidak cukup dengan arahan tersebut itu, kerajaan negeri juga memutuskan,JAIS
diWAJIBkan untukmengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS
yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.Dalam erti kata mudah,kerajaan negeri Selangor telah mengetatkan syarat-syarat
operasi yang digunakan sebelum ini.Arahan dan prosedur operasi standard (SOP)
yang baharu itu adalah merupakan hasil dari keputusan yang dicapai di dalam
mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.
Persoalannya apa perlunya SOP ini diperketatkan,sedangkan menurut Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Islam,Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa
negeri,Sallehen Mukhyi sebelum ini,JAIS telah mematuhi SOP yang ditetapkan
sebelum melakukan operasi tersebut.Malah Khalid sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan,
untuk mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS. “Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi
standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat
pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan
tersebut,” katanya.
Kesimpulannya mudah,kedua-dua keputusan yang dibuat itu,apabila diteliti semula
adalah merupakan tindakan bagi menjaga hati pimpinan DAP yang hampir 80 peratus
adalah merupakan penganut agama Kristian.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment