Bekas rakan karib Anwar,Datuk S. Nallakaruppan menggesa agar kes saman
fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera.Menurut ahli
dewan negara itu,kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu
disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata,sepanjang
persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya
termasuk yang berbentuk peribadi.
"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan
rahsia Anwar.Sebab itu dalam perkara ini,saya tidak mahu bertindak terburu-buru".Nalla berkata beliau hairan mengapa PR melantik Anwar untuk menjadi
pemimpin pembangkang.Beliau juga menggesa pemimpin PAS,Datuk Nik Aziz, untuk
mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam
"Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual,Orang menganggap beliau adalah seorang
Muslim yang baik, tetapi saya tidak.Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman),jika dia adalah orang yang di pihak benar.Dia boleh menipu orang ramai,tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan
negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai
perkara ini," katanya.
Ekoran kenyataan itu,pada 26 Mac 2012,Anwar selaku plaintif telah mengemukakan
saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas
yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.
Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga,beliau tidak gentar
dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti."Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari.Saya
akan bawa bukti,sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang
akhbar.Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang
kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah
mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.
Paling menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini
hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat.Mereka
juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.Malah apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini,ternyata ia menepati
seperti yang diramalkan ituContohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh
akademik,Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik
balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.Begitu juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap
Timbalan Menteri Luar,Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO,Khairy
Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.
Persoalannya apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia
juga akan ditarik kembali pada saat-saat akhir.Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar,
Takut Kerana Salah’.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment