Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa
pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar,Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar
angin yang mengatakan dia telah ‘dipinang’ untuk menyertai Pas.Ini kerana,ketika
diminta mengulas mengenainya Khalid seakan terkejut dan enggan memberikan
jawapan yang pasti.
“Saya ingat perkara Menteri Besar ini tak perlu dijadikan satu isu.Beri peluang kepada
rakyat Kajang menentukan siapa pilihan mereka,” katanya dalam sidang media selepas
mesyuarat Exco.
Persoalannya ialah,mengapa Khalid perlu bermain teka-teki berhubung perkara
ini ??? Sekiranya dia merasakan perkara tersebut hanyalah merupakan ‘khabar angin’
mengapa dia perlu berdolak-dalih ??? Ini kerana,jawapan Khalid itu telah menimbulkan spekulasi baru,iaitu dia
ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat.Sekiranya Anwar benar-benar
ingin ‘menggunakan’ kemenangan Kajang untuk ‘memaksanya’ meletakkan
jawatan,‘pinangan’ untuk menyertai Pas mungkin akan diterima.Dengan cara itu Pas akan mempunyai kerusi tambahan sekali gus membolehkannya
untuk terus kekal menerajui kepimpinan negeri Selangor.Isu ini kembali hangat diperkatakan,apabila Anwar membayangkan wujud
kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut.Ketika diwawancara
oleh Australia’s Newsline,ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang
berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model
sebelum melangkah ke Putrajaya.
Seterusnya ketika ditemu bual baru-baru ini,Anwar sekali lagi membayangkan dia akan
menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat
bagi mendapatkan kerjasama.“Kemungkinan itu ada.Kita kena bincang ikut proses Pakatan” katanya.Anwar sebelum ini berulang kali menafikan malah mengatakan dakwaan
untuk mengambil alih jawatan tersebut hanyalah spekulasi. Malah disebabkan
spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas tampil membuat kenyataan bagi
membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu.Malah Dewan Ulama Pas sebelum ini turut tidak bersetuju sekiranya PRK Kajang ini
dijadikan alasan untuk menukarkan jawatan Menteri Besar.
"kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia
ada," menurut Ketua Penerangannya,Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu
kenyataan sebelum ini.Kesimpulannya,Khalid sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej yang jelas
bahawa dia bukanlah seorang yang mudah diperkotakan-katikkanMungkin ada
beberapa ‘permintaan’ yang perlu Anwar tunaikan dulu sekiranya ingin memintanya
berundur, antaranya memastikan ‘musuh politiknya’ turut dihapuskan.Kegagalan Anwar untuk memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan itu, mungkin
akan menyebabkan Khalid menggunakan ‘ace card’ yang ada di tangannya untuk
berhijrah kepada Pas.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Assalammualaikum wmt,
Asalnya TS Khalid tu adalah orang UMNO. Tapi kerana kecewa dia berjaya dipujuk Anwar jadi ahli PKR. Itu pun sebab diberi peluang bertanding di DUN Ijok.
Walaupun kali pertama dia kalah, tapi kali kedua dia menang dan terus jadi MB Selangor.
Sekarang dia berada dalam keadaan 'kecewa' sekali lagi.
Tak mustahil kali ini dia akan bertindak masuk PAS pulak.
Padan muka Abwar dan juak-juak PKR/DAP.
Rupanya sikhalid pun sama seprti si kodok.
Setuju khalid masuk pas..MB Selangor dari parti pas, kalau harap pemimpin pas nak jadi mb gigit jari lah nampak nya..
Post a Comment