Misi mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi
bagi seluruh dunia,termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh
Presiden Barrack Obama.Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling
canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa
sehingga 2 minggu.Dalam keadaan tegang ini,kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai ‘berita
baik’ berbanding ‘terhempas’.Justeru,ramai yang ingin percaya ‘berita baik’ ini dan
inginkan kepastian mengenainya.Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan,maka
mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara ‘memujuk diri sendiri’.Pastinya,sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan,kesedihan dan
kemarahan ialah Malaysia yang menjadi ‘tuan rumah’ kepada pesawat MH370.Dalam keadaan emosi yang berbaur ramai yang terlupa bahawa walaupun misi
pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia,tetapi misi ini kini
merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain.
Segala peralatan canggih
dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau
ini demi mencari MH370.Namun,kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370
merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri
kehilangan ‘Emilia Earheart’ ‘di udara’ pada 1937.Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur
dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi
seperti ini.Justeru,sejak dari awal lagi,kerajaan menerima dengan tangan terbuka
semua bentuk pertolongan yang
ditawarkan oleh sesiapa jua.Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan
maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat dan bukannya
direka-cipta sendiri.Oleh yang demikian,adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk
menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan
juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk
mendapatkan semua maklumat itu.Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika,Colleen Keller,yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di
lautan Atlantik pada tahun 2009.
Tidak mungkin pakar-pakar dan penyiasat ini turut sama-sama menyembunyikan
maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing
untuk dijaga,selain sifat semulajadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan
keluarga.Secara ringkasnya,menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan
maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI,Colleen Keller dan kerajaan Vietnam,Indonesia,Thailand dan semua negara yang terlibat,atas tuduhan yang sama.Menuduh memanglah mudah tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas
dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal.Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa-
apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan
pencarian.Sebaliknya,apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak
yang ‘untung’ dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan
mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan.
Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan
negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan
sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370.Setiap kali sidang media,keletihan
dan kerisauan mereka terserlah,sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen
mereka.Di masa yang sama,rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin
pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370.Mereka sibuk mempromosi
diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai
tuduhan.Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri
sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Sir, no matter what the authority said, those in the opposed already made up their mind, they won't listen to any logic nor facts, as they are blinded by hatred, a chance to belittle the authority would be taken with glee.
They are a master at spinning a nothingness into something.
Pergi MAMPUS pembankang kat Malaysia ini. Jenis bodoh sombong, benggap, politik sepanjang masa tak kira waktu dan ketika. semua isu nak di politikkan. kalau dah tak suka dengan apa yang menjadi ketidakpuasan hati baik bla saja dari Malaysia dan tinggal di negara yang memberi lebih banyak kebaikan kepada si bangsat bodoh nak mampus ini.
Post a Comment