Social Icons

Pages

Monday, March 03, 2014

JAMBATAN PULAU PINANG KE 2 !!! APA MASALAH #PEMBANGKANG NI ???


Ramai yang memuji dan ramai pula golongan pembangkang si pengkufur nikmat yang terus mengkritik pembukaan rasmi Jambatan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ini.Semuanya kerana tak mahu semangat mereka dan penyokong mereka pudar dek terpanar dengan kejayaan kerajaan Barisan Nasional mengotakan janji-janjinya menyiapkan Jambatan ini.Ada yang mengkritik kononnya jambatan ini mahal melebihi kos RM4.5 bilion.Ada yang mengutuk kononnya jambatan ini tidak ikut spesifikasi antarabangsa.Ada yang menghasut yang pembinaan jambatan ini ditender pada syarikat kroni (Melayu - Islam -bumiputera) UEM.Ada yang mencemuh kerajaan Malaysia gadai jambatan ini dan tanah sekitarnya kepada syarikat pembinaan China Harbour Engineering Co.Ltd (CHEC) selama 45 tahun.Ada juga yang menuduh pembinaan jambatan ini satu pembaziran wang rakyat. 

Hujah mereka bukankah lebih baik wang RM4.5 bilion itu diberikan kepada orang miskin maka akan terhapuslah kesengsaraan rakyat.Kononnya kerajaan gagal urus ekonomi dengan baik dan membuat perkara yang tidak perlu.Malah ada yang menjadi sewel tak keruan apabila menfitnah yang Perdana Menteri,Isteri dan pemimpin BN Negeri ada syer besar dalam pembinaan jambatan ini.Kononnya lagi duit kutipan tol akan masuk ke kantong pemimpin-pemimpin tertentu. Malah ramai juga pakar feng-shui yang mengatakan jambatan ini tidak sesuai dan bakal memakan banyak korban seperti kemalangan dan bunuh diri.Maka pelbagailah cerita karut marut lagi tahyul mistik akan berlegar-legar di pemikiran rakyat kononnya jambatan kedua ini berhantu....eee seramnya !!!

Tetapi yang paling bodoh tahap dewa adalah apabila ada yang mengatakan kos pembinaan jambatan ini akan lebih murah jika kerajaan DAP sendiri yang membinanya,malah tol juga akan dikecualikan jika DAP melaksanakannya.Kononnya semua itu akan terjadi kerana kerajaan DAP melaksanakan ketelusan dan menggunakan wang rakyat secara berhemah.Maka pak-pak lebai serabut akan mengemukakan pelbagai hadis dan ayat-ayat suci untuk menjustifikasikan kebenaran kata-kata manusia yang didewakan sebagai khalifah agung oleh para juaknya. 

Demikianlah sikap manusia,selagi ada mulut dan selagi ada hati busuk,perasaan dendam,benci dan malu menerima hakikat maka yang baik selalunya tidak akan dipuji.Tetapi yang buruk akan sentiasa dicari dan mereka begitu semangat mencaci di setiap kesempatan dan ruang.Syukurlah negara kita masih aman dan kita mampu membina jambatan terpanjang di Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi dan martabat bangsa serta negara.semua rakyat pulau pinang dan dari luar pun boleh guna juga serta meningkatkan ekonomi di kawasan yang berdekatan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Cuba tanya Nuar tu kat US kat NY tu jambatan dgn hway tol free ke.

Anonymous said...

Pergi jahanam la dgn DAP..besok lusa kaum dia lah yg paling ramai menggunakan jambatan tu..yg terjun bunuh diri pun kaum dia jua.

Anonymous said...

Aku rasala dapig x puashati jmbtn tu dinamakan sempena nama sultan orang melayu, mungkin mrk ada nama pemimpin kominis yg mrk nk letak kat nama jmbtn tu kot, tu yg mrk x puashati

Anonymous said...

Setan setan ini sentiasa tidak akan berpuas hati akan apa jua kebaikan yang kerajaan laksanakan. Bila mereka ini akan diam? Waktu mereka dah nak mampus.

usin said...

biarlah dorang melalak. mampos nanti berentilah tu...

 
 
Blogger Templates