Laman Facebook Media Selangorku semalam memuat naikkan sekeping gambar Menteri
Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim di dalam sebuah pesawat tambang murah Firefly.Menurut admin page tersebut,gambar tersebut di rakam ketika Khalid dalam perjalanan
pulang ke Selangor sejurus selepas dia menandatangani MoU bersama Kerajaan
negeri Kelantan.Namun apa yang menarik ialah,admin page terbabit cuba menonjolkan Khalid yang
kononnya bersifat ‘zuhud’ kerana sanggup menggunakan pesawat tambang murah itu
walaupun dia merupakan seorang menteri besar.Persoalannya ialah,apakah wajar seorang menteri besar yang mempunyai gaji bulanan
sekitar RM50 ribu (dicampur dengan lain-lain elaun) berebut tiket tambang murah
dengan rakyat biasa ???
Sedangkan tindakan tersebut boleh disifatkan sebagai ‘mementingkan diri
sendiri’ kerana secara tidak langsung telah menafikan hak rakyat yang lain,untuk
menggunakan perkhidmatan tersebut.Ini kerana,umum mengetahui kehadiran Khalid di Kelantan itu adalah merupakan
urusan rasmi kerajaan.
Secara dasarnya mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat
dengan urusan rasmi,semua kos yang berkaitan seperti elaun perjalanan,penginapan
dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan.Atas sebab itu,apa motif sebenarnya Khalid menggunakan penerbangan tambang
murah yang akhirnya akan dibayar dari sumber kewangan negeri ??? dan lagi sudah pasti
kehadiran Khalid itu turut disertai oleh beberapa orang delegasi dan para pegawai dari
Selangor.Maka secara logiknya,sudah pasti semua ahli rombongan yang mengikuti Khalid itu
akan turut sama menggunakan perkhidmatan tambang murah itu.Bukankah ini membuktikan sikap sebenar Khalid yang mementingkan diri sendiri ??? Demi
untuk mencari publisiti murahan dia sanggup menggunakan pendekatan yang akhirnya
akan menyusahkan rakyat.Salah satu sebab mengapa penerbangan tambang murah ini diwujudkan ialah,untuk memudahkan perjalanan rakyat dari golongan sederhana yang tidak mampu
menggunakan penerbangan pesawat komersial yang agak mahal atau dalam analogi
mudah,orang kaya yang menggunakan kereta mewah seperti Mercedes dan BMW,namun tetap membeli petrol dengan harga subsidi (RON95).
Betul,sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab kita perlu mengamalkan sikap
berjimat cermat dalam berbelanja.Namun sekiranya tindakan tersebut akhirnya
merugikan rakyat,ia bukanlah satu sikap yang wajar untuk dipuji.Sudahlah semua perbelanjaan tersebut dibayar menggunakan duit rakyat melalui
potongan cukai,namun akhirnya rakyat tetap menjadi mangsa apabila mendapat
menteri besar yang sanggup menyusahkan rakyat, semata-mata ingin berlakon demi
kepentingan peribadinya.Mengapa baru sekarang Khalid mahu menonjolkan sikap merendah dirinya ???
Sedangkan sebelum ini dia begitu selesa dengan penerbangan mahal kelas pertama.
Jawapannya mudah, Khalid hanya mahu berlakon ‘zuhud’ di hadapan para
penyokongnya khususnya para perwakilan parti yang bakal mengundi di dalam
pemilihan PKR nanti.Tambahan pula,sebagai calon timbalan presiden PKR,sudah
pasti Khalid perlu melakukan sesuatu untuk menambat hati para penyokong Azmin
yang selama ini begitu cemburu dengan dirinya.
Contohnya seterusnya,peruntukan sebanyak RM1.75 billion yang disalurkan oleh
kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri melalui Sistem Maklumat Rekod Jalan
Raya Malaysia (MARRIS) untuk penyelenggaraan dan membaiki jalan-jalan rosak di
Selangor.Menurut laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,kerajaan Selangor hanya
menggunakan RM1.1 billion sahaja dari peruntukan tersebut dan baki RM600 juta itu
kemudiannya dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor.Dari satu segi,mungkin ada yang akan mengatakan Khalid begitu bijak mengurus tadbir
kewangan negeri sehingga mampu mempunyai lebihan wang yang banyak.Namun
akhirnya ke mana peruntukan tersebut akan disalurkan ???
Apakah ia akan memberikan manfaat kepada rakyat atau hanya sebilangan kecil sahaja
yang akan merasainya seperti yang dilakukan Khalid sebelum ini dengan memberikan
kenaikan gaji dan elaun hampir 300 peratus kepada wakil rakyat di Selangor.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
zuhud buat-buat. strategi ambik hati rakyat selangor supaya anwar tidak berjaya kuis dari kerusi mb. dalam konteks ini, aku sokong khalid walau dalam keadaan apapun. khalid jd mb dengan perkenan tuanku sultan setelah dipersetujui oleh majoriti adun2 pakatan rakyat. bilamana ada tangan2 ghaib cuba merampas jawatan dan menjadikan rakyat selangor sebagai mangsa, itu sesuatu yang jahat dan tak boleh diterima. semoga tuanku sultan tidak akan terima seseorang bukan rakyat selangor menjadi mb.
tamak, tamak, gagap, gagap si Brother Khalid ini, masih boleh dibuat kawan juge lee. Kalau nak dibandingkan dengan penjubo tegar, penipu besar, pemfitnah, rakan yahudi, pencinta LGBT. Ada baiknya, si Nuar Jubo tu elok campak ke dalam lahar gunung berapi je.
Post a Comment