Isu ‘perang dalaman’ yang melibatkan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dengan
Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim nampaknya semakin memeningkan
kepala Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Walaupun dia sebelum ini dikatakan mampu menyelesaikan konflik tersebut,namun
perkembangan terkini isu tersebut nampaknya semakin sulit untuk ditangani. Malah
Ketua Strategi parti itu,Rafizi Ramli sebelum ini turut mengakui antara sebab utama
mantan Adun Kajang meletakan jawatan adalah bagi membolehkan Anwar bertanding
sekali gus menyelesaikan konflik tersebut.Melalui pendedahan yang dilakukan sebelum ini,masalah dalaman yang melibatkan
parti itu bukanlah perkara baru.Ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun lalu dan
berterusan sehingga kini.
Isu ini bermula apabila Khalid dikatakan pro kepada kumpulan Presiden PKR,Wan
Azizah Wan Ismail,manakala Azmin dilihat tetap berdiri teguh di belakang Anwar.
Bermula dengan episod sindir menyindir,perbalahan antara keduanya semakin
berlarutan apabila keduanya saling ‘membogelkan’ dan menghentamkan secara
terbuka antara satu sama lain.Pelbagai kritikan pedas turut dilemparkan oleh Azmin sehinggakan Khalid dilihat lemah
dan tidak cekap mengurus dan mentadbir negeri Selangor. Namun dengan sokongan
kuat yang diberikan oleh Azizah,Khalid bingkas bangun dan membalas kembali
serangan Azmin yang akhirnya menyebabkan Adun Bukit Antarabangsa itu dipecat dari
jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.Tidak cukup dengan itu,Khalid turut meminta agar beliau dilantik sebagai Pengarah
pilihanraya PKR bagi PRK Kajang.Sedangkan sekiranya mengikut amalan biasa,
jawatan tersebut sepatutnya di sandang oleh Azmin yang juga merupakan Pengerusi
PKR negeri Selangor.Terbaru,Khalid turut mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan
Presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini.Ekoran perbalahan yang semakin memuncak itu,Anwar terpaksa mengambil jalan
selamat dengan menyokong kedua-dua kumpulan bagi mengelakkan para penyokong
mereka memboikot kempennya di Kajang.
Malah portal pro-pembangkang turut mengambil pendekatan menyiarkan berita
kononnya Azmin dan Khalid telah bersetuju untuk melakukan ‘gencatan senjata’
sehingga PRK Kajang selesai.Pemilihan PKR yang akan diadakan ini,bakal menyaksikan pertembungan hebat antara
dua kumpulan ini apabila masing-masing turut membawa calon pilihan mereka untuk
bersaing merebut semua jawatan tertinggi parti.Menurut sumber dalaman yang saya dapat,Khalid dipercayai akan bergandingan dengan Nurul Izzah dan Tian
Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Naib Presiden dan Adun Baru Tiga.Bagi
jawatan Ketua Wanita pula, kumpulan Khalid akan bergandingan dengan Adun Batu
Tiga Rodziah Ismail dan Adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong sebagai Timbalan Ketua
Wanita.
Bagi kumpulan Azmin pula, dia dikatakan akan menyokong ahli parlimen Bukit Katil,
Shamsul Iskandar Md Akin bertanding jawatan naib presiden.Shamsul yang sebelum
ini merupakan Ketua Pemuda PKR Pusat dikatakan akan mengosongkan jawatan
tersebut bagi membolehkan lebih ramai penyokong Azmin diserapkan di dalam jawatan
tertinggi parti.
Untuk kerusi Ketua Wanita PKR pula,Azmin dikatakan akan memberikan sokongan
penuh terhadap ahli parlimen Ampang,Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan
penyandang bagi jawatan tersebut.Seterusnya bagi jawatan Ketua AMK pula,Adun Batu Caves,Amiruddin Shaari akan
bergandingan dengan Adun Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin sebagai Timbalan Ketua
AMK dilihat sebagai calon pilihan Azmin.Kesimpulannya pemilihan PKR pada kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit
antara dua kumpulan yang saling tamak dan dahagakan kuasa. Walaupun secara
dasarnya PKR akan mendakwa pemilihan pada kali ini adalah merupakan sebahagian
dari proses demokrasi parti, namun pada hakikatnya graf sokongan Anwar semakin
kian menyusut.Apa yang jelas,Anwar semakin hilang cengkaman pengaruhnya terhadap parti yang
diasaskannya ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment