Social Icons

Pages

Tuesday, May 13, 2014

BREAKING NEWS !!! TIADA PILIHANRAYA AKAN BERLAKU DI #TERENGGANU !!!

Bekas Menteri Besar Terengganu dan juga ADUN Kijal Dato Seri Ahmad Bin Said mengeluarkn kenyataan rasmi pendirian beliau dan rakan-rakan dari parti bebas yang umum keluar UMNO,tetap akan menyokong kerajaan Terengganu (UMNO) sedia ada sekarang,menjadikan majoriti BN-Bebas masih melebihi Pakatan (17-15).Ini bermakna setakat hari ini,tiada pembubaran kepimpinan peringkat negeri akan berlaku. 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

9 comments:

Anonymous said...

Sekiranya berita ini benar,ini lah cara nya Mat Said perli dan ajar Najib yg lembab tapi angkuh.Ini membuktikan beliau tidak berniat jahat pada Umno mahu pun BN tapi semata-mata rasa keciwa dgn sikap Najib.

Anonymous said...

Dis has been doing its rounds:

Boleh suruh Ahmad Said bersumpah dihadapan Al Quran jika beliau tidak pernah membuat aku janji untuk meletakkan jawatan pada tanggal 12 Mei 2014.

Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri.

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

Anonymous said...

Ala mat said. Jom la sertai PAS. Dptla PAS mtadbir ganu sekaligus jahanamkan trus UMNGOK di ganu. Hidup PAS! Jahanam UMNGOK!

Anonymous said...

Hidup PAS kel, hidup PAS KELDAI DAP

Anonymous said...

Ahmad Said dan rakan2nya mesti telah dibayar oleh UMNO utk terus menyokong BN di T'ganu.
Bijak sungguh mainan mereka ..........

Anonymous said...

Padan muka Mat Said..dulu bikin orang now you kena pulak...huh

Anonymous said...

Dulu dia yg menolak Ideris Jusuh tapi Ideris relex jae tak ada la sampai nak keluar parti. Kena kat dia nak buat hal nampak sangat perjuangan dia utk jawatan.

Anonymous said...

Sepatutnya bila dh kluar dri umno kira umno hilang majoriti la,apa ke pelik ni dh nma pun bebas jd diorg xda atas mna2 parti...bab sokongan lain kira....hampehh betol la puak2 ni....

antsand14 said...

Alang alang mandi biar basah!

 
 
Blogger Templates