Social Icons

Pages

Monday, July 14, 2014

#WORLDCUP2014 !!! @KHAIRYKJ TERUK KENA BAHAN DENGAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!


Pedih apabila kena kutuk berdepan dengan 'bos'.tapi menyeronokkan,itulah telatah dan usik mengusik antara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sama-sama menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Dataran Merdeka pagi Isnin.Bersama lebih 30,000 lagi orang ramai,Najib yang tiba jam 2.40 pagi menunggu sehingga tamat perlawanan kira-kira 6.00 pagi sebelum pulang.Berkemeja lengan pendek ungu muda dan berseluar hitam,beliau menyakat Khairy,yang merupakan penyokong kuat pasukan Argentina ketika Ketua Pemuda UMNO itu terkejut dengan jaringan gol Jerman pada minit-minit akhir perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh Astro Arena, menerusi skrin gergasi di Dataran Merdeka.Pemain Jerman Mario Goetze menjaringkan gol tunggal pada minit ke-113 hanya tujuh minit sebelum kesudahan perlawanan akan berakhir dengan sepakan penalti.Najib menepuk-nepuk bahu Khairy yang menutup wajahnya sambil mengeleng-gelengkan kepala sebaik wisel penamat perlawanan final Piala Dunia ditiup pengadil dari Itali, Nicola Rizzoli.


Khairy dalam twitternya memberitahu Najib merupakan "orang yang paling kuat 'bahan' aku tadi di Dataran" yang ditweet bersama gambar Najib mengucapkan 'selamat' kepada Khairy sebelum pulang.Tweet tersebut menjadi 'viral' selepas di RT sebanyak 7500 kali orang pengguna media sosial sejak pagi ini.Khairy memang diketahui penyokong tegar pasukan Argentina dikalangan ahli Kabinet.Najib pada Khamis tweet menyatakan, "Inilah masanya meraikan Jerman dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pelawanan final,". 

Dalam tweet terbarunya,selepas sah Jerman menjadi juara dan ramalan beliau benar, Najib mengucapkan tahniah kepada Jerman. "Perlawanan Final Piala Dunia yang mendebarkan! Syabas, Jerman, juara Baharu Dunia. Argentina adalah lawan yang hebat," tulisnya. - AD

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Dikala rakyat sedang menderita berikutan kos kenaikan hidup, kedua-dua watak utama UMNO ini boleh enjoy tengok bola lagi. Macamana negara tak lingkup kalau kita ada clowns macam ni.

Anonymous said...

mak aii...semua yg orang UMNO buat serba tak kena..tak kan nak kerja 24 jam..jentera pun ada masa rehat..biar lah bijak sikit kalau nak kritik pun..habis yg pembangkang asal buka mulut bangkang aje..apa cita....cucita sikit..engkau sendiri pun ada masa rehat, berlibur juga kan??..

Anonymous said...

Tatkala PR berebutkan kerusi MB, rakyat rileks aje nonton Jerman dan Argentina berebut World Cup. Sebab itu rakyat cool tetapi kepala2 PR pulak berserabut, keh,keh,keh.

Anonymous said...

Perdana Menteri Malaysia atau Prime Minister of Malaysia turun padang untuk bersama rakyat tonton final Football World Cup itu pun lu dengki.

Apa punya manusia berhati hitam lu ni bro. Lu ni betul2 berkelulusan Ph.d.

Anonymous said...

Berserabut betul orang PR ni. Tengok World Cup pon nak dipolitikkan...

Tak usah mengata orang bulan Ramadan ni.

Anonymous said...

x kisah.sempat lagi sembahyang subuh berjemaah..

Anonymous said...


MASIH ADAKAH RAKYAT MALAYSIA YG MENDERITA TAK MAKAN PASAL KOS KENAEKAN HARGA BARANG ! ? ? MAT BANGLA YG BERSEPAH TEPI JALAN TU PUN TGN KIRI KANAN PEGANG MAKANAN. OTAK JENIS APA KAMU NI. MALAU MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YG MEMPUNYAI OTAK KELAS UDANG.

YG MENDERITA SEBAB KOS BARANG NAEK BELUM ADA DEK.
KALAU NAK TAU MENDERITA SEBAB KOTE NAEK MEMANG ADA. MENDERITA LIMA TAHUN TIDUR DLM CELL SG BULOH. MANA MAU LARI HA ?

Anonymous said...

anom 14.julai.11.31 pm. jgn nk buat lawak bodoh lah bahawa rakyat menderita kos naik. lu kt zaman 60an ke?.kalau dalam 1 keluarga seorang tak dapat beli iphone tu bru di kira menderita lah zaman sekarang.rakyat malaysia dah terlampau mewah. ada faham kah?

 
 
Blogger Templates