Gambar perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan di blog Saiful
Mohd Saiful Bukhari Azlan,pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,mendedahkan isterinya,Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.Dalam tulisan di blognya,Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim,tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar,sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.Saiful juga menyertakan bersama salinan perbualan WhatsApp mendedahkan isterinya menerima arahan daripada seorang pengarang supaya membuat liputan ke atas pemimpin PKR.
"Di sini saya sertakan bukti arahan 'MUST COVER AND USE' yang diberikan TV3 oleh seorang editor kepada isteri saya,yang datangnya dari big bos Datuk Ashraf Abdullah pada hujung November lepas untuk attack Tun Daim.Ingatkan sekali itu saja, rupanya makin menjadi-jadi," katanya.Saiful berkata,isterinya mengambil Skim Pemisahan Sukarela (MSS) pada Disember tahun lepas,antara puncanya kerana enggan bekerja dengan majikan yang memihak kepada pihak lawan."Ada beberapa faktor,antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan,terasa jijik apabila diarah buat liputan sidang media Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ahli Parlimen PKR,untuk tikam tokoh yg beliau sendiri hormati.Beliau mengambil keputusan drastik,berisiko, walaupun tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip," katanya.
Apa motif TV3 sebenarnya ??? Kalau nak dakwa atau suruh SPRM siasat Daim,siasat lahh tiada masalah,saya tak marah pun,sekiranya dai ada kes,maka teruskan tapi tak perlu la nak perguna Anwar Laknatullah yang hanya tahu menipu dan merosakkan negara ini sebagai senjata untuk merosakkan nama Tun Daim !!! Be gentleman and dont play cowardly games like this ok !!! Amat memalukan.nampaknya TV3 ni sangat merbahaya.bukan nak membantu,tapi nak merosakkan semua yang ada sekarang ni.memang betul lah kata orang dari dulu lagi proksi anwar ada dalam TV3.bukan nak menuduh,tapi anda lihat sendiri apa yang terjadi sekarang ni !!!
ANDA NAK LAGI CERITA PASAL TV3 NI ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
BACA SAMPAI HABIS !!!
ANDA NAK LAGI CERITA PASAL TV3 NI ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
BACA SAMPAI HABIS !!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment