Social Icons

Pages

Monday, March 02, 2015

KANTOI !!! #PASMA DAN HAWAI FIVE O AKAN JATUHKAN #PAS TERMASUK PRESIDEN ???


Isu pertentangan antara golongan ulama dan profesional dalam Pas bukan satu pekara baharu.Memang,ia dinafikan oleh pimpinan Pas namun ia sebenarnya open secret terutama kepada penganalisis politik dan pengikut parti.Sehingga kini,Pas masih diterajui ulama namun 'kegelisahan' akibat pertentangan kedua-dua pihak itu semakin membara semula baru-baru ini.Lebih panas,ia dikaitkan dengan satu kumpulan kartel di dalam Pas yang konon mahu 'menyingkirkan' Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Retak menunggu belah semakin terserlah pada muktamar tahunan parti tahun lepas apabila sekumpulan pemuda Pas keluar dewan ketika Mat Sabu berucap.Malah wakil ulama Pahang,Mokhtar Senik secara terbuka menegur Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu (Mat Sabu) supaya jangan cuba melawan Abdul Hadi.


MAT SABU

Mat Sabu dilihat mereka sebagai mewakili Anwarinas,berfahaman Syiah dan Islam liberal.Walaupun ia kembali tenang selepas peghujung muktamar apabila Abdul Hadi kata dia ngam dengan Mat Sabu namun 'bara' masih menyala.Malah tunjuk perasaan Pemuda Cawangan Pas Kuantan baru-baru ini yang mendedahkan ada pimpinan yang diketuai Bendahari Pas,Dr. Hatta Ramli atau geng WhatAps Hawaii Five O,menyiapkan grand design menjatuhkan presiden menyebabkan ia kembali panas. 

Walaupun demonstrasi Pemuda Pas Kawasan Kuantan itu tidak diketahui punca dan sebab pada peringkat awal oleh Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pas Pusat,Suhaizan Kayat namun pemerhati politik masih menunggu-nunggu apa penyelesaian kepada perkara itu.Sama ada ia fitnah atau ada mala fide untuk mengheret pimpinan AJK Pas Pusat ke Jawatankuasa Disiplin Pas.


Kemunculan NGO,PasMa yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor yang juga otai Pas Kedah, Datuk Ir. Pahrolrazi Zawawi menyebabkan kemelut dalam parti itu semakin berbelit.Salah satu objektifnya,PasMa bimbang benar Pas akan bekerjasama dengan UMNO dan hilang persahabatan dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).


PAHROLRAZI ZAWAWI

Walaupun PasMa dikatakan menerima suntikan awal sebanyak RM1.5 juta dari DAP untuk 'menjatuhkan' Abdul Hadi seterusnya menjadi alternatif kepada ahli Pas sekiranya Pas keluar PR namun ia dinafikan oleh Pahrolrazi.PasMa juga dikatakan digroom menjadi parti alternatif mewakili penyokong Pas sekiranya Pas bertindak keluar PR.Ia juga dinafikan PasMa. 

Namun apabila forum yang diadakan PasMa yang mengundang ahli panel ketiga-tiga parti PR itu dikatakan 'menyentuh' kedudukan Abdul Hadi,Majlis Syura Ulama (MSU) mula risau.Multaqa Ulamak Pas baru-baru ini ambil keputusan 'menyerang' PasMa dan mahu tindakan tegas diambil kepada ahli parti yang menyertainya walaupun perlembagaan membenarkan ahli parti menyertai mana-mana NGO.


BARISAN MAJLIS SYURA ULAMA MAHU PIMPINAN PAS TERLIBAT DALAM PASA DIAMBIL TINDAKAN. 

Ia disusuli dengan laporan polis PasMa yang menafikan perkara itu.Tetapi dalam masa yang sama,di alam siber tersebar rakaman Mat Sabu mengkritik Abdul Hadi,mesyuarat PasMa yang mahu ahli jawatankuasa 'menentang' Abdul Hadi.Malah selepas kematian Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - PasMa dan Pas Kawasan Batu secara terbuka mahu Abdul Hadi memegang jawatan itu atas alasan ahli politik Terengganu itu cukup kriteria termasuk jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Ulama Sedunia.Pada pandangan penganalisis,jika Abdul Hadi menerimanya,dia terpaksa mengosongkan jawatan presiden dan ia terbuka kepada pemilihan pada muktamar akan datang.Kepada MSU dan pro ulama,mereka lebih gemar Datuk Haron Din bagi jawatan itu.


HARON DIN 

Sekiranya benar PasMa,Hawai Five O itu benar-benar usaha menjatuhkan Abdul Hadi,ia satu perancangan hebat dan terancang. Menurut sumber, kebimbangan utama puak itu apabila Pas dibawah Abdul Hadi 'berjinak-jinak' dengan UMNO konon untuk mewujudkan kerjasama parti demi perpaduan ummah dan sukarnya bekerjasama dengan DAP yang bulat-bulat menolak hudud. Sebahagian besar AJK Pusat Pas sendiri seolah-olah menunggu masa sahaja bertindak, tidak dapat cara budiman mungkin cara kejutan, menurut satu sumber.Itu di dalam Pas, di luar, parti itu terus menerima tekanan daripada DAP yang tidak menerima hudud dan terbaharu isu pilihanraya PBT. DAP Sarawak secara terang-terang menolak Pas dan legasi mendiang Karpal Singh seperti Gobind Singh juga bersifat keras terhadap Pas seperti bapanya. Krisis dalam Pas sebenarnya bukan lagi ribut dalam cawan tetapi sudah retak menanti belah. 

Kepada penyokong parti Melayu termasuk sesetengah dalam UMNO mahu melihat Pas kekal dan terbuka demi survival Islam dan Melayu.Apa pun,Abdul Hadi dan kumpulannya tidak berpeluk tubuh sahaja mengenainya.Kita tunggu apa perkembangan selanjutnya. - MG

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

HAMIDIsP said...

Bala bahana doa keji terhadap sesama Islam mula menimpa. Pilihan terbaik adalah bertaubat dan kembali kepada Islam.

Anonymous said...

Pergolakan kalangan ahli dalaman parti PAS. TGHA menghadap barisan kepimpinan yang bercakaran sesama sendiri.
Apakah punca berlaku percakaran?
TAHALUF SIYASI, PERJANJIAN BERSETUJU BEKERJASAMA TETAPI BAHANA JADINYA KALAU MENGKHIANATI PERJANJIAN.
Kumpulan Erdogan sedang memenggal kepala PAS.

 
 
Blogger Templates