Social Icons

Pages

Monday, April 20, 2015

EKSKLUSIF !!! ANDA TAKUT KENA TIPU DENGAN #PEMANDUTEKSI ??? AYUH DOWNLOAD #METERON !!! WAJIB BACA !!!


kepada rakyat malaysia ayuh muat turun aplikasi Meter On sekarang !!!  Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk telefon Android dan IOS di laman masing-masing Google Play dan Apple Store secara PERCUMA !!! Tak rugi apa pun.aplikasi ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi kemudahan orang ramai terutamanya pengguna perkhidmatan teksi.banyak kebaikan dapat dimanfaatkan terutamanya oleh kaum wanita yang menaiki teksi sendirian.Kerana kebiasaannya kita akan hanya menaiki teksi tanpa memeriksa nombor pendaftaran sama ada teksi tersebut didaftarkan kepada pemandu.Sebaiknya inilah perkara yang perlu kita teliti sebelum menaiki teksi.Selalunya di bahagian dashboard ada tertera wajah pemandu teksi tapi kadang-kala dokumen tersebut mungkin palsu.Walaupun perkara ini amat jarang berlaku,apa salahnya kita lebih berwaspada.Jadi di sini Meter On memainkan peranannya.Dengan Meter On pengguna boleh membuat pemeriksaan nombor pendaftaran teksi yang ingin dinaiki terlebih dahulu.Gambar atas adalah contohnya.Setelah nombor pendaftaran dimasukkan,gambar pemandu akan terus terpapar.Ketika ini mudah bagi pengguna untuk buat pengesahan.Kalau nombor pedaftaran langsung tidak tertera.Elakkan sama sekali menaiki teksi tersebut.


Untuk makluman pembaca Badut Rakyat,setiap teksi mungkin mempunyai lebih dari satu atau dua orang pemandu. Semua pemandu teksi yang berdaftar kepada no pendaftaran teksi akan dipaparkan serentak pada skrin telefon bimbit anda.Buat masa ini,aplikasi ini meliputi lebih 50 ribu teksi berlesen di kawasan Semenanjung Malaysia.Ada beberapa ciri-ciri lain yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna melalui aplikasi ini.yang penting adalah keselamatan pengguna.Melalui aplikasi ini risiko menjadi mangsa penjenayah yang menggunakan teksi curi dengan nombor pendaftaran palsu dapat dielakkan.

ANDA NAK LAGI TENTANG METER ON ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Azhar said...

Bro mintak patut kan blog Perdanahitam.blogspot.com, putracywar.blogspot.com dalam blog badutrakyat

Azhar said...

Bro mintak patut kan blog Perdanahitam.blogspot.com, putracywar.blogspot.com dalam blog badutrakyat

Unknown said...

salam bro.saya dah pautkan blog anda :-)

 
 
Blogger Templates