Social Icons

Pages

Thursday, June 11, 2015

BREAKING NEWS !!! @KPWKM !!! KISAH SEBENAR SIAPA GOLONGAN GELANDANGAN DI BUKIT BINTANG DIDEDAHKAN !!!


tu diaaa !!! lagi cerita sensasi dan gambar diatas pulak tersebar di laman sosial.ada yang mengatakan gambar di atas adalah orang malaysia.di laman facebook ada yang sudah sedap mulut mendakwa agensi berkenaan abaikan kebajikan mereka segala macam.lain kali kena semak cerita sebenar dulu sebelum buat sebarang kesimpulan.Ekoran penyebaran kisah keluarga malang ini di facebook Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Shahren Yusri telah tampil keluarkan penjelasan hal sebenar. 


BERIKUT IALAH KENYATAAN BELIAU : 

JANGAN HENTAM KROMO - DIA ORG BUKAN RAKYAT MALAYSIA TAPI AKAN DIBANTU

Semalam dan hari ini kecoh tentang cerita seorang wanita dan 6 orang anaknya tinggal merempat di Plaza Imbi Bukit Bintang.Apa yang menjadi viral ialah gambar 6 beranak itu dan cerita di mana kerajaan, kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan tidak mahu membantu rakyat Malaysia yang susah sedangkan rakyat negara luar dibantu.JANGAN HENTAM KROMO.Di sini saya hendak betulkan fakta ini.

1) Keluarga tersebut BUKAN MALAYSIA.Mereka ialah orang Myanmar - Rohingya.

2) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pernah selamatkan keluarga tersebut sebelum ini dan entah apa jadi mereka sendiri kembali ke jalanan.

PEMERHATIAN SAYA

Selama ini JKM atau kerajaan tidak pernah abaikan rakyat kita yang susah.KALAU ada kes yang susah dan diviralkan di media sosial mungkin tidak sampai ke pengetahuan JKM. Kalau sampai Inshaalah akan dibantu.Oleh sebab itu kami perlu anda untuk maklumkan kepada kami dan terima kasih kepada yang telah berbuat demikian.

BERBALIK ISU KELUARGA MYANMAR

Ibu Rohani Abdul Karim ( Menteri KPWKM) sejak semalam telah mengarahkan JKM ambil tindakan segera dan JKM akan turun petang ini dan bantu mereka.Jadi mohon uuntuk viralkan ini pula supaya persepsi dan tanggapan JKM ini tidak seperti yang digambarkan.Untuk makluman, warga JKM telah cuba melaksanakan yang terbaik untuk bantu rakyat. 

SHAHREN YUSRI

Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 

-11/6/2015

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Lorrr Ini Ibu Puspitaa.....waduh nama Mbah Kaboireng juga sedap didengar. Saya pernah bermimpi .....Mbah Kaboireng menjelma dalam mimpi saya.....dia kata, sila ambil nombor ini....Insyallohhh....kamu akan Berjaya dan sukses di dunia dan juga akhirat.......

Dalam mimpi tu Mbah Kaboireng suruh saya ambil nombor ini dan amalkan jika mahu sukses...... 34244.....ya 5D kata Mbah Kaboireng.

3 - Rakaat Solat Maghrib.
4 - Rakaat Solat Isyak.
2 - Rakaat Solat Suboh.
4 - Rakaat Solat Zuhur.
4 - Rakaat Solat Isyak.

Terjaga dari tidor.....lantas saya menjerit......MBAH KABOIRENG.......saya tukar nama kamu jadi...... Abah Koboi Baju Oren hahahahahha.

*Nota....tapi yang 34244 tu waktu solat...jgn di buat beli nombor hahahaha.

 
 
Blogger Templates