Social Icons

Pages

Friday, June 12, 2015

KANTOI !!! PUNCA SEBENAR KENAPA DS @NAJIBRAZAK DISERANG DIDEDAHKAN !!! #NOTHING2HIDE !!!


Jabatan Kastam dalam satu kenyataan telah mendedahkan kegagalan 10% dari 380,000 syarikat untuk membayar cukai kepada kerajaan.Dahlah cukai tak bayar,rekod percukaian pun takda,tak tahu dia jual beli macam mana,terutama barang-barang import.Kejayaan mengesan syarikat-syarikat ini berjaya dicapai hasil penghapusan cukai SST dan pengenalan sistem GST April lepas oleh pentabiran Datuk Seri Najib.Kalau tak tukar ke GST hari tu,agaknya selama-lamanya lah syarikat-syarikat ini melarikan diri dari bayar cukai.saya percaya,inilah punca kenapa Datuk Seri Najib diserang dalam soal perlaksanaan GST oleh pihak pro pembangkang dan pro orang pencen.Pembangkang melindungi peniaga-peniaga yang lari cukai ini,sebab mungkin cukai yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan, disumbangkan kepada pembangkang untuk aktiviti politik mereka.

Bila GST diperkenalkan,tidak ada lagi peluang itu dan maka itulah bersungguh-sungguh benar pembangkang menyerang kerajaan dalam soal perlaksanaan GS, dan sudah tentu nama rakyat digunakan.Sedangkan rakyat tidak begitu terkesan dengan perlaksanaan GST.Rasa terkesan kalau ada,sebab dulu dalam resit jumlah cukai yang dibayar tidak dinyatakan,tapi dengan sistem GST,jumlah cukai dibayar ditunjuk dalam resit.Itu yang rasa macam terbeban,walhal tidak ada apa yang berubah pun sebab nilai wang dengan barang masih sama.Cuma dalam soal kad topup saja yang memberi kesan tapi sudah ada jalan penyelesaian dalam tempoh beberapa bulan lagi,itupun tidak mengurangkan jumlah orang yang memaki hamun kerajaan dalam media sosial,bertambah lagi banyak adalah. 

Maki hamun ni tidak ada masalah kalau dah memang itu cara yang di ajar ibu bapa masing-masing yang terlibat dari kecil,tapi ia menunjukkan pengenalan GST pada kad top up tidak langsung mengurangkan permintaan kepada data Internet.Rakyat makan tanah sebab GST,yang papa kedana sebab GST belum ada lagi,kalau ada,sila tunjuk contoh dimana.Bagaimanapun,dengan tertangkapnya peniaga yang melarikan diri dari membayar cukai ini,maka hasil kerajaan akan bertambah.Ditambah dengan sistem subsidi terarah,yang hanya menumpukan golongan sasar yang layak saja untuk diberikan subsidi kerajaan,turut menambahkan pendapatan kerajaan.Semua ini akan menyumbang balik kepada kemakmuran rakyat dan negara,sehingga ke satu tahapmenenggelamkan populariti pemimpin terdahulu,termasuk yang memerintah selama 22 tahun tapi yang mengkayakan segelintir orang saja.saya tak nak teruskan nanti pembaca kata saya fitnah pulak.kalau tak caya senang jerr,cari balik apa yang dilakukan sebelum ni 

Psttt----Ada sebab kenapa ramai Pemimpin dunia yang sudah bersara mendiamkan diri.ini kerana ianya boleh memberi kesan kepada pentadbiran semasa negara itu !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Oooo iye ke . Kami kena tipu hidup2 nk sokong Tun M. Pelik apa kena mengenanya GST semata2. Berlaku adillah jgn padam bab 1MDB

Labu8455 said...

Apa lah cerita bodoh cam ni ada hati nak tulis. Kenapa tak tulis sama cam mana fakir miskin hari ini pun kena cukai gara gara kebijaksanaan pahlawan bugis.

Anonymous said...

Sikit sebanyak ada kebenarannya tulisan Badut ni.

HassanNik said...

Sistem Percukaian SST Tidak Lemah, Dan Sistem Percukaian GST Pula Bukannya Terbaik Cuma Yang Lemahnya Kerajaan Dan Agensi Pelaksana Sebab Semasa SST Mereka Tidak Kreatif Dan Tidak Inovatif Dalam Memperkasakan SST Kearah Menambahkan Bilangan Pembayar Cukai Baharu Dan Seterusnya Meningkatkan Pungutan Hasil Cukai Dalam Negeri Melalui SST. Auditan Syarikat Dibuat Tidak Serancak Yang Sepatutnya Kerana Masalah Kekurangan Anggota Di Agensi Pelaksana Tidak Diatasi. SOP Agensi Pelaksana Lebih Menjurus Kepada "Buat Macam Biasa, Macam Orang Dulu Buat", Dan Cadangan Daripada Anggota Yang Proaktif Tidak Mahu Diketengahkan Atau Dibawa Untuk Berbincang Lanjut. Yang Si Kerajaan Pula Banyak Berpolitik. Tiap-Tiap Tahun Sebelum Pembentangan Bajet, Agensi Pelaksana Diminta Mengemukakan Cadangan Untuk Penambahbaikan Sistem Percukaian Sedia Ada Dan Sekaligus Meningkatkan Pungutan Cukai Import, Eksais, Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan Dan Perindustrian Tetapi Bila Cadangan Dimajukan Tiada 'Orang Besar' Yang Berminat. Lantas Cadangan Hanya Tinggal Cadangan, Dan Akhirnya Dibangkulsampahkan Sahaja. Sebenarnyapun, GST Juga Tidak Sunyi Dengan 'Pro And Con-nya'.

 
 
Blogger Templates