Social Icons

Pages

Saturday, July 04, 2015

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR DAN PIHAK ASING RANCANG INGIN GULINGKAN PM DS @NAJIBRAZAK ???


Dakwaan terbaharu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi,dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan.Justeru,beliau memberi amaran,pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang. 

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Seri Najib yang dikeluarkan malam semalam. 

1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini,pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga. 

2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi. 

3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion. 

4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi.Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya. 

5. Saya ingin berterus terang : Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB,SRC International atau entiti lain,seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit. 

6. Jelas sekali,tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi. 

7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti.Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama.Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan,manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa. 

8. Seperti diketahui,beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah.Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya.Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita. 

9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka.Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal.Dalam beberapa keadaan,mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang. 

10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai.Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Unknown said...

Liabiliti 1mdb pada 31 Mac 2014 ialah rm49b dimana rm38b liabiliti bukan semasa dan rm11b liabiliti semasa termasuk rm42b. Rm42b ialah pinjaman yg ada caj bunga. Tak betul juga mengatakan aset rm51b lebih banyak daripada hutang. Liabiliti adalah hutang yang berfaedah dan juga tak ada faedah. Jadi kenyataan aset rm51b melebih hutang rm42b sangat mengelirukan. Aset rm51b tak boleh ditunaikan sebanyak rm51b juga kerana ada aset yang tidak boleh menjadi wang tunai seperti aset intangible. Aset intangible merujuk kepada harga belian ipp melebihi nilai sebenar ipp tersebut. Jika kita tolak aset intangible rm9b, baki aset ialah rm42b saja manakala liabilitinya rm49b.

Jika 1mdb menjual kesemua asetnya, jelas 1mdb tak boleh membayar kesemua hutangnya.

jgn jadi bodoh!!! said...

BIARKAN SAJA!! TOLONG JGN AMBIL APA2 TINDAKAN!! TAKDE KESAN PN PADA RAKYAT!! KATA MAJORITI RAKYAT BERSAMA JIBBY!! SELAMA NI PUN KLU ADA ISU UMNO/BN/KERAJAAN BUKAN ADA AMBIL TINDAKAN PUN!! SEBELUM NI LAGI MCM2 FITNAH..BOLEH JE MENANG PRU 13 DGN PENINGKATAN KERUSI UMNO!! TOLONG LA BUAT MACAM NI JE..PERBANYAKKAN ARTIKEL PENAFIAN ATAU TUDUH SERANGAN MUSUH SPT PEMBANGKANG ATAU GENG2 TUN ATAU YAHUDI/ANASIR LUAR ATAU CAKAP SIAPA YG PERCAYA BODOH!! KALAU BOLEH MCM ARTIKEL NI!!CUKUP JE LAWAN MCM TU SAJA DAH BOLEH TINGKATKAN PERSEPSI N KEYAKINAN RAKYAT!! IN SHA ALLAH PRU 14 BOLEH MENANG 2/3…hahahaha

#manatelor
#pemimpinTEGAS

Anonymous said...

Unknown,

Kalau kau nak kira macam tu kenalah juga ambil kira kenaikan nilai pada property yg di miliki oleh 1mdb pada masa hadapan .begitu juga pelaburan 1mdb dalam bentuk unit yg bernilai RM 13.6 billion,yg di buat dalam USD .Pelaburan tersebut tentu akan mendapat dividen dan kenaikan nilai,ianya juga sekarang bernilai tinggi kerana kenaikan nilai USD.Kerana kenaikan nilai USD sahaja pun pelaburan tersebut sudah bernilai lebih 20% lebih tinggi dari nilai 31.Mac 2014 jika di kira dalam bentuk RM.Kalau dulu nilainya kira-kira RM 12 billion misalnya sekarang nilainya adalah kira-kira RM 14.4 billion RM2.4 billion lebih tinggi.Property pula takkan statik saja nilainya,harga rumah murah atau tanah kampung pun meningkat,inikan pula tanah di tengah bandaraya,tambah pula dengan penambahan infrastruktur yg di buat oleh 1mdb.

Anonymous said...

Janganlah tidur lagi dan dibuai dengan penafian. Bacalah apa kata AG. Dokumen dah ada dengan beliau. Pasukan sudah pun serbu sykt berkenaan. Insya Allah akan diketahui jawapanya tak lama lagi. Now fasten ur seat belts.

Anonymous said...

Peguam negara ni bukan boleh percaya sangat, dari apa yg pernah aku baca, dia ni macam pro PR. Dokumen tu pun belum tentu x palsu. Kenapa dia tetiba je bersuara? Sebelum ni senyap je.

 
 
Blogger Templates