Social Icons

Pages

Wednesday, September 02, 2015

EKSKLUSIF !!! 29 FAKTA RAKYAT HARUS TAHU BERKENAAN #1MDB MATAWANG JATUH DAN HARGA MINYAK !!!


di bawah adalah 29 fakta yang rakyat malaysia harus tahu berkenaan 1MDB,kenapa Matawang Ringgit jatuh dan Harga Minyak Dunia.ramai yang memperlekeh usaha malaysia untuk menstabilkan keadaan dan ekonomi negara.ramai juga yang tidak membantu malah mengutuk negara sendiri kononnya Malaysia akan bangkrap dan sebagainya.jom lihat fakta di bawah

1. Ramai yang gagal untuk memahami mekanisma kenaikan nilai USD berbanding Ringgit Malaysia.

2. Kenaikan mendadak USD sejak awal tahun ini telah meresahkan sedikit sebanyak rakyat negara ini dan lebih teruk lagi situasi ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak anti-kerajaan.

3. Pihak anti-kerajaan ini telah mendakwa kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD adalah akibat daripada salah laku Kerajaan yang korup, tidak amanah serta menggelapkan dana awam.Tidak kurang juga tuduhan membabitkan institusi pelaburan kewangan negara,1MDB yang dikatakan telah menghilangkan sejumlah RM42 Billion .

4. Namun hakikat sebenar adalah terlalu jauh dari tuduhan-tuduhan tersebut.

PUNCA KENAIKAN US DOLLAR

5. Punca utama peningkatan USD berbanding dengan sejumlah matawang lain di seluruh dunia adalah akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai "Dollar Super-Cycle".

6. Fenomena ini berpunca daripada beberapa polisi fiskal Barack Obama yang diperkenalkan selepas krisis ekonomi yang US hadapi pada tahun 2008.

7. Antara polisi fiskal yang diperkenalkan adalah pemotongan cukai terhadap syarikat global dari negara tersebut. Ini telah mengakibatkan beberapa syarikat global menarik semula kilang dan pusat operasi mereka dari negara lain kembali ke negara asal mereka.

8. Polisi yang kedua pula adalah dengan mengurangkan aktiviti ketenteraan mereka di Timur Tengah yang banyak membantu meningkatkan penjimatan perbelanjaan negara tersebut.

9. Pengenalan kepada teknologi carigali minyak yang baru pada tahun lepas juga telah meningkatkan penghasilan minyak mentah negara tersebut kepada 2.5 kali ganda.Ini secara langsung telah meningkatkan bekalan minyak mentah di pasaran melebihi dari permintaan.

10. Sekaligus ini telah mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran menurun dengan sangat mendadak (USD 110/barrel kepada USD 44/barrel).

11. Gabungan dari semua insiden ini telah melonjakkan ekonomi US sekaligus meningkatkan nilai matawang negara tersebut berbanding dengan beberapa negara lain di seluruh dunia dan bukannya Malaysia sahaja.

KEADAAN EKONOMI NEGARA

12. Ramai juga yang beranggapan bahawa kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding USD adalah indikator ekonomi di negara ini sedang tenat.

13. Namun,tanggapan tersebut ternyata meleset.Beberapa agensi penarafan kewangan dunia seperti Fitch,Moody dan lain-lain telah menaiktarafkan gred kewangan negara ini.

14. Sejak dari krisis ekonomi negara kita yang berlaku pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir,Perdana Menteri selepas beliau telah menyedari bahawa amat bahaya sekiranya negara kita ini terlalu bergantung kepada pelaburan dan pinjaman dari US sahaja.(Walaupun kata-kata Tun Dr. Mahathir ketika itu bersifat anti-US,namun majoriti pinjaman kewangan adalah dari US).

15. Sekiranya berlaku peningkatan matawang USD seperti mana yang berlaku pada era tersebut,hutang negara juga akan meningkat akibat daripada perbezaan nilai matawang.

16. Langkah yang diambil sejak dari krisis tersebut adalah untuk mengubah polisi fiskal negara dengan melakukan pinjaman dari luar negara kepada pinjaman dalaman.

17. Langkah ini ternyata berkesan apabila sekali lagi krisis ekonomi dunia pada tahun 2008,Malaysia tidak terkesan seperti mana negara-negara lain.

18. Ditambah lagi dengan polisi Datuk Seri Najib dengan mengambil langkah untuk melakukan kerjasama pelaburan dengan China pada awal beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

19. Beliau sekali lagi melebarkan jalinan ekonomi negara ke Timur Tengah dengan menarik pelabur dari Qatar, Saudi Arabia dan Emiriah Arab Bersatu.

20. Jalinan ekonomi ini beserta dengan polisi pinjaman dalaman telah menyelamatkan negara di waktu nilai matawang USD mengalami kenaikan mendadak.

21. Sekiranya dua dasar utama ini tidak dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib,nescaya Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang lebih teruk dari tahun 1998 dahulu.Namun,faktor ketiga yang mempengaruhi ekonomi negara yang dalam proses penyelesaian adalah kebergantungan negara kepada hasil petroleum.

JALAN KELUAR UNTUK MALAYSIA

22. Kebergantungan ekonomi negara dengan hasil petroleum juga adalah amat membimbangkan. Suatu jalan keluar perlu difikirkan agar negara kita tidak bergantung hanya dengan hasil petroleum sahaja.

23. Almarhum Raja Abdullah,Raja Saudi Arabia sebelum ini telah sempat berbincang dengan Datuk Seri Najib tentang kerisauan baginda terhadap bekalan petroleum negara baginda yang semakin berkurangan.(Baki 260 trillion tong sahaja)

24. Negara Islam perlu beralih dari kebergantungan kepada hasil petroleum dan menceburkan diri dalam bidang ekonomi yang lain.Maka,bidang ekonomi yang paling sesuai difikirkan antara mereka berdua adalah bidang pelaburan kewangan seperti mana dilakukan oleh negara-negara eropah.

25. Hasil dari perbincangan tersebut,Datuk Seri Najib telah mengilhamkan 1MDB sebagai syarikat pelaburan kewangan Islam milik negara.

26. Dengan berasaskan model pinjaman,1MDB menghasratkan untuk menjana kewangan negara melalui pelaburan kewangan.Langkah-langkah utama yang diambil oleh 1MDB adalah untuk menguasai pasaran tenaga dalam dan luar negara.

27. Kini dengan penguasaan stesen janakuasa elektrik di dalam negara,Malaysia mampu untuk membekalkan tenaga elektrik tanpa perlu menaikkan harga seunit elektrik yang dibekalkan kepada rakyat.

28. Apabila 1MDB telah mencapai tahap matang,ia mampu untuk menjadi hasil utama negara menggantikan hasil petroleum yang terlalu bergantung kepada keadaan pasaran dunia.

29. Namun,belum sempat 1MDB menjadi suatu kuasa kewangan yang menyeluruh, syarikat ini telah diserang oleh pembangkang dan mereka yang takut dengan potensi 1MDB apabila ia berjaya kelak.tak percaya ??? beri tempoh lagi 2 tahun,anda lihat hasilnya nanti.syarikat baru memang memerlukan masa.seperti anda juga,selepas lahir dalam sebulan adakah anda boleh berjalan ??? 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates