Social Icons

Pages

Wednesday, September 02, 2015

FAKTA !!! ADAKAH RM2.6 BILION DUIT RAKYAT MALAYSIA ???


Sentimen selalunya mengaburi keupayaan kita untuk berfikir secara rasional.Maka,kadang-kadang saya hanya mampu tersenyum melihat karenah rakyat Malaysia mempertahankan hujah-hujah di laman media sosial dalam isu-isu tertentu.RM2.6 bilion dan 30 bilion mana kah yang lebih banyak ??? adakah 2.6 bilion itu duit rakyat ??? sama juga lahhh pemimpin pembangkang ada yang dapat duit tanpa kita ketahui.berbalik pada RM30 bilion,Darul Ehsan Investment Group,syarikat “bernilai” RM2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali telah mengundang keresahan di kalangan rakyat Selangor,kerana mempunyai potensi yang besar terdedah kepada penyelewengan dan salah urus tadbir yang akhirnya dikhuatiri mengalirkan sejumlah RM30 billion kekayaan negeri ke “tangan-tangan ghaib”.

Di mana kedudukan DEIG,adakah bernaung di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI),atau berlegar di singgahsana di atas MBI serta dianugerahkan kuasa mutlak untuk berbuat sesuka hati,seolah-olah RM30 billion itu harta mak bapak mereka yang punya.Dalam cubaan untuk menghalalkan perancangan DEIG,saya mendapati antara hujah-hujah yang diberikan ialah “bagaimana dengan RM2.6 billion ???”. Solusinya mudah,RM2.6 billion adalah wang derma yang diterima dan tidak melibatkan wang rakyat.Malah,ianya disalurkan kepada rakyat (jentera parti).Sebaliknya,RM30 billion yang dirancang untuk diuruskan dengan penubuhan DEIG adalah harta rakyat Selangor yang selama ini diperolehi melalui anak-anak syarikat seperti PKNS,Peransang dan lain-lain lagi sebelum ditadbir dibawah MBI yang terikat dengan Enakmen Menteri Besar Selangor.tidak seperti DEIG yang terikat dengan “ikut suka hati”

Hujah ini bukan sahaja digunapakai oleh pro Azmin,tetapi juga di kalangan orang UMNO sendiri.Amat malang untuk UMNO,apabila ahlinya sendiri gagal memahami dasar sesuatu isu.Samada tidak faham atau sengaja tidak mahu faham,anda tepuk dada,tanyalah selera. RM2.6 billion bukan wang rakyat,sementara RM30 billion adalah mutlak milik rakyat Selangor.Sehingga artikel ini ditulis,Azmin Ali masih dilanda sindrom bisu.Entah apa yang sedang difikirnya,mungkin sedang menyediakan plan komprehensif untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan berhubung isu DEIG.Jangan hendaknya ada pula Plan B untuk terus menguasai RM30 billion tersebut,setelah Plan A (DEIG) disedari oleh umum.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates