Social Icons

Pages

Wednesday, August 10, 2016

BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS CABAR PEMBANGKANG DESAK AMERIKA DEDAHKAN SIAPA #MALAYSIAOFFICIAL1 !!!


Dalam kes saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) untuk mendapat kebenaran merampas aset yang dikatakan ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada seorang individu dinamakan sebagai Malaysia Official 1 (MO1) di dalamnya.Pihak pembangkang DAP,PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dilihat menggunakan nama MO1 itu untuk mengaitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai turut dinamakan sebagai defendan di dalam saman itu.Peguam Negara AS Loretta Lynch bagaimanapun sudah membuat kenyataan bahawa Najib tidak dinamakan pun di dalam siasatan itu sebagai defendan dan ia bukan satu tindakan jenayah. 

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini mencabar pemimpin pembangkang dari DAP,PKR dan PAN supaya mendesak pihak DOJ Amerika mengisytiharkan siapa MO1 seperti yang disebut dalam kertas saman sivil itu. "Saya cabar DAP, PKR dan PAN untuk desak kerajaan Amerika jawab siapakah Malaysia Official 1...Berani?," kata Ramesh.Menurut beliau,taktik dan strategi yang digunakan oleh pembangkang sekarang ini amat kotor kerana hanya membuat kesimpulan sendiri dan andaian biarpun AS memilih untuk tidak menamakan siapa MO1 secara terbuka.Sepatutnya sebagai pemimpin politik jati Malaysia,pihak AS perlu didesak supaya menamakan siapakah MO1 berkenaan dan jangan berselindung di sebalik kod nama kerana ia boleh menimbulkan kecurigaan dan fitnah ke atas negara ini. 

"Kalau berani, saya ulang sekali lagi... Saya cabar pembangkang desak kerajaan Amerika umumkan siapakah MO1 seperti yang ditulis di dalam saman sivil itu.Sepatutnya, para pemimpin pembangkang menuntut penjelasan daripada Amerika siapa yang mereka kata MO1 ini dan mengapa ia dipanggil sebegeitu rupa bukannya tanpa usul periksa terus menuduh Perdana Menteri dengan bermacam-macam dakwaan.Saya cabar, pembangkang sila desak kerajaan Amerika umum siapa Malaysia Official 1 itu," kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.Saman sivil berkenaan diumumkan dalam satu sidang media oleh Lynch di Amerika dan mendakwa aset yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB itu bernilai berbilion ringgit.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Keling ini useless sama dengan lester. Orang sarawak tahulah sapa lester.

Simpanlah sikit kebodohan ini....tak malukah?

 
 
Blogger Templates