Social Icons

Pages

Showing posts with label BOB LOKMAN.... Show all posts
Showing posts with label BOB LOKMAN.... Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

HOT NEWS !!! BOB LOKMAN #BOBLOKMAN MASUK HOSPITAL KALI KEDUA AKIBAT LEMAH JANTUNG !!!


Bob Lokman telah dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat lemah jantung.Berita ini dikhabarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di dalam page Facebooknya.Menurut ustaz : 

"Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul,saat jam menghampiri tengah malam,bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh,bersama sepupu Yb Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman,namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu,doakan kesihatannya,ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU,setelah jantungnya lemah kembali..saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.." 

walaupun perbezaan ideologi politik,saya doakan agar Bob Lokman segera sembuh dari kesulitan yang dialaminya.Kepada warga maya.doalah yang terbaik untuk Bob Lokman,mudah-mudahan dia cepat sembuh..

AMIN...

Thursday, January 12, 2012

HOT NEWS !!! FASHA DAN JEJAI SUDAH BERNIKAH ??? BOB KUMAN SERTAI PAS ???


Panas juga gosip yang disampaikan oleh blog Dapur Kak Jee ini.Menurut penulis itu,seorang rakannya memberitahu yang Jejai dan Fasha sudah bernikah di negara asing belah utara,tetapi terpaksa dirahsiakan dari banyak pihak atas sebab tertentu.Khabarnya juga,mereka sudah bernikah beberapa bulan lepas tetapi pemberi informasi tidak ingat secara tepat tarikhnya.Tulis Kak jee yang merupakan seorang bekas wartawan:-

LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

Semalam,Kjee ada post entry suruh dia cepat nikah dengan kekasihnya Jejai sebab dah boring sangat asyik baca story dia dan Jejai, kejap cinta kejap putus. Pastu cinta balik. Dan tetiba ada cerita pulak nak nikah.And then, Kjee dapatlah citer seorang rakan FB kata mereka sudan kahwin. Kahwin? Kjee garu kepala. Kahwin? Kahwin ke nikah?

Hehehe ketawa dia. Dah nikahlah Kjee, kata teman tu. Isyhhh walaupun wartawan pencen tetapi hati naluri ni masih ada perasaan ingin tahu. Kemudian Kjee dapatlah citer tetapi taklah banyak sebab fren FB tu kata nanti dia tanya lagi mereka yang lebih tahu mengenai pernikahan itu. Depa nikah dah banyak bulan tapi tak ingat tarikh, katanya.

Jeng jeng jeng dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.

Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah,bab2 keluarga ni amat sensitif.

Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.

Katanya sikit lebih kurang begini: “Kalau Jejai ada kat rumah Fasha,kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot).So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha..”

Oppsss kalau dah sah nikah (walaupun di Thailand,nikah tu sah kalau ada surat nikah),kenapa sampai nak sorok2 lagi kan? Biarlah kan? Tak payah sorok2. Buatnya ada yang nampak dan report kat pencegah maksiat, kan jadi hal pulak. Tapi kalau geng pencegah maksiat datang, pasti terkejut beruk muka mereka apabila Fasha dan Jejai keluarkan surat nikah.

Kepada Fasha dan Jejai,Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang Kjee terima itu. Kami semua mendoakan agar Allah swt permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri. Restu keluarga terutama sekali ibu terlalu penting dalam sesebuah perkahwinan.

Tak tahu sama ada berita ini betul atau tidak, kalau betul,baguslah tu dan tahniah diucapkan. Pasangan ini juga kebelakangan ini semakin kerap muncul di khalayak ramai dan kelihatan begitu mesra sekali.


Beberapa Blog Pro Pakatan haram kini cuba memainkan sentimen terbaru mendakwa salah seorang Pelawak yang juga dikenali Bob Kuman telah menyertai PAS baru-baru ini.Dengan mempamerkan gambar Bob Kuman di tanah suci kota Mekah,bekas Kumpulan Kuman ini didakwa telah menemui Bob Lokman untuk turut serta dalam kempen bersama PAS pada PRU13.

Ini juga salah satu strategi PAS menarik minat anak2 muda untuk turut serta dalam politik parti yang didakwa Hasan Ali telah hilang karisma Perjuangan asasnya.

Persoalannya,adakah benar info yang cuba dimainkan Blog-blog tersebut ???

BOB LOKMAN SUKA KRITIK TENTANG ARTIS !!!

APA KATA BOB LOKMAN JAWAB ISU INI !!!

ADA BERANI ???

Saturday, January 07, 2012

BOB LOKMAN TANGGUH KAN PERBICARAAN MAHKAMAH ??? DAH JADI MACAM ANWAR IBRAHIM NAMPAK ???


Pelawak dan penulis lirik ,Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman gagal hadir untuk memberi keterangan berkaitan kes mengadakan ceramah tanpa tauliah di Jabatan Agama Islam (JAIP) semalam.

Kosmo Melaporkan Jurucakap JAIP berkata,Bob,tidak dapat hadir kerana mempunyai alasan yang munasabah dan minta kes itu ditangguhkan.

"Bob telah berunding dengan kami melalui telefon dan menghantar surat kepada JAIP bagi menangguhkan tarikh memberi keterangan yang sepatutnya diadakan hari ini (semalam). Dalam surat itu, dia telah memberi beberapa alasan munasabah. Oleh itu, pihak kami telah memberi satu tarikh yang baharu kepadanya untuk memberi keterangan," katanya.

AIK DAH TIRU GAYA ANWAR IBRAHIM NAMPAK ???

ANWAR IBRAHIM KES TANGGUH !!!

BOB PULAK TANGGUH JUGA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, January 05, 2012

HOT NEWS !!! BOB LOKMAN KATA AFDLIN SHAUKI GILA KERANA MASUK UMNO ???


Pelakon dan penulis lirik,Bob Lokman mempersoalkan kewajaran rakan seni sealirannya,Afdlin Shauki Aksan menyertai Umno secara rasmi kelmarin.Persoalan tersebut muncul ekoran sepanjang perkenalannya dengan pelawak terkenal itu,beliau tidak penah melihat kencenderungan Afdlin untuk berpolitik.Namun,Bob Lokman tidak menafikan hak Afdlin untuk berbuat demikian kerana ia adalah hak mana-mana individu di dalam negara demokrasi.

"Persoalannya,jika Afdlin menyertai Umno kerana perjuangan,ia menghairankan saya.Kerana sepanjang perkenalan saya dengan beliau, bagi saya Afdlin tidak pernah memandang serius perbezaan politik mana-mana parti di negara ini.Mungkin ada sesuatu sebab mengapa Afdlin berbuat demikian, Afdlin ada jawapannya saya tidak boleh membuat telahan sebarangan kerana saya belum berkesempatan bersemuka dengannya,"jelas Bob lokman.

apa nak hairan bob lokman weii...Begitu juga dengan anda Bob Lokman yang membuka langkah awal mengistiharkan diri menyertai PAS ketika menghadiri himpunan besar Pemuda PAS di Alor Setar pada Februari tahun lalu.kerana apa ??? perjuangan kan ??? Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri itu.Nama Bob Lokman bukannya asing di dalam dunia seni tanah air, selain berbakat dalam dunia seni sebagai seorang pelawak,lagu-lagu yang diciptanya juga popular dan pernah mencetus fenomena anak muda seperti Intanku Kesepian,Belenggu Irama dan Isabella nyanyian kumpulan Wings dan Search.tetapi sayang on the way nak sesat sebab fitnah orang bukan-bukan.contohnya macam video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 02, 2011

HOT VIDEO !!! ISU BOB LOKMAN KATA RAKYAT JOHOR KAFIR !!! INI JAWAPANNYA !!!



MARI KITA LIHAT VIDEO DI BAWAH UNTUK JAWAPAN KEPADA BOB LOKMAN !!!



SEKIRANYA ANDA INGIN MELIHAT KEMBALI UCAPAN BOB LOKMAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Saturday, November 19, 2011

HOT NEWS !!! BOB LOKMAN KATA ORANG JOHOR SEMUA NYA MURTAD ???


Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kemudian,sekali lagi Bob Lokman Jugamenyerang rakyat Johor di lokasi berlainan....

Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram,Jam 5 pagi dah keluar dari rumah,7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh ???"

Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Video dibawah adalah bukti Bob Lokman lebih hebat dari Allah.menghukum rakyat Johor murtad !!!



RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 14, 2011

BOB LOKMAN !!! APA NI ??? KATA NAK TEGAKKAN ISLAM TAPI TAK ADA TELUR !!!


Penulis lirik,pelakon dan pengacara terkenal,Bob Lokman menegaskan beliau tetap dengan pendirian untuk tidak hadir memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melibatkan isu ceramah tanpa tauliah terhadapnya.Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman,mendakwa tindakan Jais itu hanya berniat untuk memalukan dirinya sambil menyifatkan ia tidak profesional.Sambil mempertahankan tindakannya pada malam kejadian itu,Bob mendakwa Kononnya agensi terbabit menyalahguna kuasa untuk melakukan kerja parti politik tertentu dan bersedia untuk dikenakan waran tangkap.aik macam tu pulak ??? Jais Buat kerja dia.kenapa nak takut ???

“Jais tidak pernah mengambil nombor telefon saya,bagaimana mereka nak hubungi untuk maklumkan kepada saya untuk hadir beri keterangan ??? Saya tidak akan mengalah saya berjuang demi agama. Ini hidup saya..saya tidak guna senjata tapi tetap dengan prinsip dan perjuang dengan Islam.Saya tetap tidak akan hadir kerana sikap kadi masjid dan penguatkuasa Jais yang menyalah gunakan tugas mereka.Mereka datang guna kuasa Jais tetapi kata-kata berpihak pada Umno.Malam itu sudah tahan saya dan laporan polis sudah dibuat, kenapa tidak tangkap saya terus ketika itu ??? Kerana ada kuasa mereka keluar waran tangkap,saya tunggu waran tangkap itu.Tindakan ini memang sudah dirancang untuk menangkap saya. Sebelum ini mereka hanya pantau, tunggu saya cakap sahaja. Sedangkan apa yang saya cakap hanya tentang tauhid dan akidah yang saya belajar. Itu tidak salah,” dakwanya ketika dihubungi FMT.

WOW BERLAGAK NAMPAK !!!

SIKIT-SIKIT UMNO !!!

KALAU LELAKI TERBERAK TEPI JALAN UMNO JUGA LAH YER ???

Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik media hari ini berkata pihaknya akan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah terhadap Bob seandainya gagal hadir memberi keterangan kepada agensi itu.Bob yang ditahan Isnin lalu mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui,Hulu Langat.

Seksyen 119,Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.”

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.



JANGAN JADI MACAM ANWAR IBRAHIM !!!

JANJI MACAM-MACAM !!!

AKHIRNYA SEMUA TERGADAI !!!

KEPADA BOB LOKMAN !!!

JAIS JALANKAN TUGAS !!!

BUKAN ORANG PAS JER KENA TANGKAP !!!

ORANG UMNO PUN KENA TANGKAP !!!

APA NI BOB LOKMAN ???

KATA NAK TEGAKKAN PERJUANGAN DALAM ISLAM !!!

BENDA MACAM INI PUN TAKUT KER NAK TUNJUKKAN DIRI ANDA KAT JAIS ???

Sunday, May 29, 2011

BOB LOKMAN AKAN MEMBANTU PAKATAN MENUJU KE PUTRAJAYA ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9mgtQ9r_048WRlAH8TgmQHnfxyuNDoknQ4Iht1v45kNH9MI294dObIAA7XJJe3zEUN2ka5S1NkYfcWOoieqSMloj2H22gDsho6d4tgyp8NNLsQpp3dfYivddC7J8LqQYQHNeApRjcumVU/s1600/bob-lokman-dan-ustaz-azhar-idrus..2.jpg

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.Tugas saya kini berceramah,membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," kata Bob Lokman ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekolah Agama Al Masriyah,Bukit Mertajam,Khamis lalu.

Menurut laporan Harakahdaily,Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

http://mstar.com.my/archives/2009/12/15/mstar_hiburan/014270043.jpg

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, "katanya.

Bob Lokman berceramah di pentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,Mohamad Sabu dan Yang dipertua PAS Permatang Pauh,Omar Hasan.Dalam pada itu,Bob Lokman juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam.Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, katanya.

Kadang-kadang,katanya lagi,pencipta lagu dan lirik ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

http://media.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/2011/february/27/f27merlimaupas-ceramah03-240x175.8.jpg

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam.Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " katanya.

Baginya,sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

Wayne - Find me on Bloggers.com

Saturday, April 30, 2011

AWIE MENGAMUK !!! BOB LOKMAN CARI PUBLISITI MURAHAN !!!


“Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK DI SINI

KITA IMBAS KEMBALI VIDEO DI BAWAH



ITU SAHAJA SEBAB BOB LOKMAN MASUK PAS ???

KENAPA DARI DULU ANDA TAK MASUK PAS ???

Saturday, April 02, 2011

PANAS !!! ADAKAH CICO AKAN MENYERTAI PAS ???


Nampaknya Bob Lokman mungkin akan mengajak lebih ramai rakan-rakan artisnya untuk menyertai PAS selepas ini.Gambar diperolehi daripada [Bloglispolitik] Kelibat Cico anak kepada Uji Rashid kelihatan bersama dengan Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim,pandan indah pada 30 mac 2011

INILAH STRATEGI PAS.KALAU USTAZ DAN PARA ULAMA MEMBERI CERAMAH KURANG DAPAT SAMBUTAN,SEKIRANYA ARTIS BUAT CERAMAH SAHLAH SAMBUTAN HANGAT DARI PUAK-PUAK PAS !!!

STRATEGI BARU UNTUK PRU 13 !!!

Monday, February 28, 2011

ADAKAH BOB LOKMAN INI SESAT ???



sebelum ini saya telah membuat artikel untuk Bob Lokman yang masuk PAS kerana nak mengajar anaknya.adakah Bob Lokman ini sedar apa yang dia beritahu kepada media ???


sebenarnya,apa yang saya mahu ceritakan di sini.sekiranya anda mahu berpolitik anda masuk lah parti yang membela Agama,Bangsa dan Negara.cuba anda fikir,UMNO itu kafir ker ??? tak membela rakyat ker ??? tak membela melayu ker ??? tak membela kemiskinan semasa memerintah selama 53 tahun ker ??? cuba anda lihat di bawah.cuba anda bezakan kemisikinan di negeri yang di tadbir oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tuan Guru Nik Aziz.


ANDA MAHU LAGI ??? SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN LAH

Tuesday, February 22, 2011

BOB LOKMAN MASUK PAS KERANA AGAMA ATAU POLITIK ???


MARILAH KITA RENUNG KEMBALI SIAPA KAH BOB LOKMAN INI.SAYA BUKAN NAK PERSOAL KAN KEPERIBADIAN BELIAU TETAPI...

SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH.MUNGKIN JUGA ADA KEBENARANNYA


Ini adalah hasil kerja tangan Konsep dan Imej oleh Bob Lokman yang bertajuk HUKUM KARMA..!!

Hairan betul ye Bob Lokman menyertai PAS kerana gagal mendidik anak katanya. Kenapa jadi cam tu Bob..? Orang lain mendidik anak mereka sampai dapat belajar keluar negara menyambung pelajaran tentang agama Islam, demi menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang hukum Agama, sebaliknya kamu gagal..??

Orang lain boleh mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna malah sembahyang langsung tak tinggal, pergaulan anak-anak dapat dibataskan daripada lebih berkawan dari belajar tetapi kamu gagal..??

Janganlah disalahkan bebudak yang tak matang akal lagi, sebaliknya IbuBapa lah menjadi teras dan cikgu terbaik dirumah dengan menjadualkan mereka terhadap pelajaran, berkawan mahupun soal agama. Sekiranya kamu gagal, kenapa pula mereka pula dipersalahkan..??

Malah oleh kerana kamu gagal, kamu bertindak menyertai PAS pulak kononnya dengan PAS kamu dapat mendidik anak, cam tu ker..? Kelakar je bunyi nye, tak masuk akal..!!!

Jadi adakah parti PAS ni terdiri daripada golongan yang bermasalah..?? Kata Bob Lokman kerana gagal mendidik anak lalu sertai PAS..!!!

Matang la sikit Bob, jangan cakap sembarangan dengan menyalahkan anak pula padahal IbuBapa dipertanggungjawapkan untuk mengasuh dan mendidik mereka. Semuanya bermula dari rumah, baik diajar maka jadi baik la budak tu, tetapi kalau kau biarkan saja mereka tanpa perhatian, semua orang tahu sendiri apa jawapannya.

SUMBER DARI KL BOYZ

sila lihat video di bawah dan sila lihat jawapan dari Bob Lokman kenapa Beliau Masuk PAS




SEKADAR RENUNGAN...

SEKIRANYA MAHU MEMPELAJARI ISLAM CARI LAH USTAZ ATAUPUN KE MASJID.SEKIRANYA MAHU MEMPELAJARI ILMU POLITIK MASUK LAH PARTI YANG BOLEH MEMPERJUANGKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

RENUNG-RENUNGKAN LAH

Sunday, February 20, 2011

SAH !!! BOB LOKMAN MASUK PAS !!!


Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam.Bob Lokman juga telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak,MB Kedah Darul Aman.


Majlis ini kononnya telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negeri.Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu.Selain itu,negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.

adakah benar ???



Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia.Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal.Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS,Ustaz Ahmad bin Yahya.Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K.Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini.Dalam ucapannya Tantawi menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'.

SILA BACA LAGI PETIKAN DI BAWAH

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun,tambahnya,Bob-penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya,kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.
"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya,penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.-Malaysiakini, 19/02/2011

KALAU MACAM TU JANGAN LUPA YER AMIK NABIL RAJA LAWAK ATAUPUN SAIFUL APEK MASUK DALAM PAS..KATA MENUNJUKKAN KEPELBAGAIAN ??? JANGAN MARAH YER MAHFUZ.ANDA YANG KATA,SAYA CADANGKAN !!!!


BAK KATA RAKAN BLOGGERS SAYA DARI MEDIA PERMATANG PAUH @ MPM

lu nak cari agama lu takkan jumpa dalam parti politik baii...Lu patutnya cari di Masjid dan juga Pondok bergurukan orang yang betul-betul layak.Dan kalau lu berguru kepada tukang sihir macam Pok Nik tu..,alamatnya jadi kaldai lah lu nanti...Hahahahahha....

Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka.

Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH.

Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN". - Bob Lokman


APA YANG PENING ??? BUKAN KER PAS YANG PENING SEKARANG MENCARI FATWA BARU ???? SEBELUM INI MENGATAKAN UMNO KAFIR ??? ADAKAH ORANG UMNO BUKAN MUSLIM ??? MENGELUARKAN FATWA YANG MENGATAKAN UMNO JAHILIYAH DAN SEBAGAINYA.ITU KER PARTI ISLAM ??? BUKAN KER PARTI ISLAM SEPATUTNYA MENGAJAR SEMUA AHLINYA SUPAYA TIDAK MENCACI DAN BERBUAT BAIK DI MUKA BUMI ALLAH INI ???



RENUNG-RENUNGKAN LAH

Tuesday, February 01, 2011

BOB LOKMAN BERTAUBAT !!!


ALHAMDULILLAH BOB LOKMAN PUN BERTAUBAT.KEPADA ARTIS-ARTIS MALAYSIA BERTAUBAT LAH ANDA.SAYA HANYA TEGUR SEBAGAI SAUDARA ISLAM.


saya tertarik dengan artikel yang di siarkan sebuah blog yang berunsurkan agama,Jika anda mengenali lelaki di atas (gambar sebelah kiri), pasti anda terkejut dengan penampilan baru beliau yang dilihat kelihatan lebih Islamik. Bob Lokman, satu nama yang tidak asing di kalangan kita semua. Beliau bukan sahaja terkenal dengan lakonan dan lawak, malah kejayaan beliau bermula dari seorang komposer yang terkenal pada era 80 an. Antara hasil karya lagu yang masih diminati ramai sehingga kini termasuklah lagu Isabella nyanyian Kumpulan Search.

ANDA INGIN MENGETAHUI KISAH SELANJUTNYA ???

KLIK DI SINI

POST BY WAYNE...
 
 
Blogger Templates