Polis menahan Ahli Parlimen Sungai Siput,Dr. Jeyakumar Devaraj bersama 31 lagi individu dipercayai penyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua.Kumpulan itu dan Jeyakumar yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran milik syarikat Ipoh Pemaju Travel & Tours Sdn Bhd yang dipercayai dalam perjalanan ke Sungai Petani, dekat sini bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.Ketika ditahan,kesemua mereka memakai baju T berwarna kelabu tertera gambar dacing digunting serta tulisan 'Sudahla..Bersaralah' manakala terdapat kain rentang tertulis 'Cukup 54 tahun. Bersaralah' digantung pada cermin bas berkenaan.
Difahamkan, polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas bas tersebut menemui beberapa bendera PSM,buletin parti serta kira-kira 20 helai kemeja T tertera tulisan 'Anti Capitalism' berwarna merah.Sumber polis memberitahu,kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk dirakamkan keterangan.

Sementara itu,di BATU PAHAT,polis menahan tujuh aktivis PSM di Kluang kerana mengedarkan risalah bagi menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.Ketua Polis Daerah Kluang,Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata,mereka ditahan Jalan Stesen,kira-kira 6.30 petang bersama 7,000 risalah berkaitan perhimpunan haram itu.
"Kumpulan aktivis terbabit difahamkan dari Simpang Renggam terus menuju ke bandar Kluang untuk menyebarkan risalah itu.Tujuh yang ditahan terdiri daripada empat perempuan dan tiga lelaki yang berusia antara 19 hingga 36 tahun," katanya.

Sementara itu Polis juga telah menerima sejumlah 1,278 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.Peningkatan jumlah itu dilihat serius dan membuktikan pelbagai lapisan masyarakat menentang hebat perhimpunan haram tersebut.
Rata-rata laporan yang dibuat menggesa pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas ke atas penganjur yang tidak putus-putus menjalankan kempen mempromosikan perhimpunan haram tersebut

1 comment:
Sesiapa yang punya saudara mara yang masih waras berumur 60 tahun keatas, tanyalah mereka apa persamaan mereka mereka yang mengedarkan risalah sekarang dengan anggota parti buruh , dan anggota parti sosialis Malaya(aka komunis / sosialis) waktu zaman darurat dulu?
Fahaman KOmunis dan sosialis menjelma dalam bentuk baru
Post a Comment