Social Icons

Pages

Sunday, October 02, 2011

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM PANCING ABANG JO KELUAR PARTI !!!


Pehin Seri Taib Mahmud baru saja mengumumkan kabinet baru di Sarawak.Ketua-ketua komponen parti - James Masing,Wong Soon Poh dan WIlliam Mawan - di beri jawatan Senior Minister.

Kali ini,tiada pula jawatan Timbalan Ketua Menteri. Sementara itu,Dato Awang Tengah dan Tan Sri Adenan Satem pula dilihat ramai mendapat portfolio yang lebih kanan.

Semasa ditanya,Taib Mahmud pun ada mengatakan dia akan bersara apabila cecah menghampiri umur 80.Ada ingat dia tidak akan bersara dan akan kekal untuk habiskan term sebagai Ketua Menteri.

Gelagat Anwar melaporkan Anwar sudah lihat kabinet baru itu sebagai petanda Abang Jo akan diketepikan dan Taib Mahmud akan kekal selamanya.Dia pun mula memasukkan jarum...


Anwar sempat mengarahkan Azmin (dalam pada mesyuarat Hudud berlangsung) untuk mengaturkan pertemuan khas dirinya dengan Abang Jo dalam masa terdekat.Abang Jo pastinya kecewa kerana perlantikan Adenan Satem dan Awang Tengah di jawatan yang lebih kanan dan rapat dengan Taib akan sekaligus menjarakkan Abang Jo daripada jawatan Ketua Menteri.Anwar tahu citarasa dan kemahuan sebenar Abang Jo. Anwar tahu sangat dan maklum dengan strategi Taib bagi menjahanam politik Abang Jo dalam jangka masa panjang.

Asasnya,politik Abang Jo sudah hampir mencapai ‘peak’.Bayangkan,seorang yang Abang Jo tewaskan dalam pemilihan parti (PBB) diangkat sebagai seorang Menteri yang lebih penting. Nampak sangat strategi Adenan Satem – Awang Tengah akan meletakkan Abang Jo di pinggiran politik. Anwar mahu jumpa dengan Abang Jo, bagi memberikan penerangan mengenai ‘options’ yang ada kepada Abang Jo.

Arahan Anwar ini segera ditunaikan oleh Azmin. Usaha sedang dibuat untuk menarik perhatian Abang Jo dengan option politik baru di Sarawak. Peranan Anwar dalam melakukan ‘cucuk jarum’ kepada PBB akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Soalnya,sejauh mana Anwar serius mahu menarik Abang Jo ??? Anwar juga tahu Abang Jo sangat rapat dengan Datuk Seri Najib Razak.Namun,Anwar juga tahu bahawa Abang Jo pastinya kecewa dengan keputusan Taib.

Jangan sekali-kali underestimate Taib Mahmud.Dia boleh lakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang dijangka. Kepandaian tidak dapat melawan pengalaman dan kebijaksanaan dari pengalaman.

KITA TUNGGU DAN LIHAT !!!

ADAKAH ABANG JO TERMAKAN PUJUK RAYU ANWAR IBRAHIM ATAU TIDAK !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates