Social Icons

Pages

Sunday, October 02, 2011

PANAS !!! PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD PAS VS AYAT AL-QURAN DAN POLITIK !!!



PAS tidak akan mengubah prinsip asas parti itu memperjuangkan dasar Islam dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah, kerana ia berasaskan tunjang teguh dan tidak akan hanyut walaupun dijajah, kata Presidennya,Datuk Seri Hadi Awang.

“PAS mempunyai acuan sendiri ditunjukkan Allah dan diajar Nabi.Kita perlu faham dan PAS mahu mengembalikan umat Islam berdemokrasi. Kami juga terbuka, PAS boleh menerima kemenangan, boleh menerima kekalahan,” katanya merasmikan Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium,semalam.

Hadir sama, Mursyidul Am PAS,Nik Aziz dan Timbalan Presiden,Mohamad Sabu.Hadi berkata, PAS sebuah parti politik Islam terawal ditubuhkan di Asia Tenggara dan mempunyai pengalaman serta mengharungi pelbagai cabaran sejak penubuhannya.


Mengenai isu hudud, beliau berkata,PAS tidak akan memaksa bukan Islam menerima undang-undang Islam seperti mana tidak memaksa mereka menerima Islam.Nik Aziz yang mengulangi harapannya melihat hudud dilaksanakan di negara ini jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan,pula menegaskan hukum berkenaan bukan satu ideologi,sebaliknya wajib dilaksanakan dalam undang-undang Islam.tetapi masalahnya Nik Aziz tidak faham kerana negara malaysia adalah negara sekular.karpal singh bantah jer terus tak jadi buat.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi, hudud sama seperti sembahyang, puasa dan zakat. Sebagai mana yang lain wajib,ia (hudud) juga wajib.Malaysia ada hukum gantung,contohnya bawa dadah hukumannya mandatori gantung,bawa senjata api hukum gantung.Kenapa hukum gantung boleh terima ??? Orang tangan kudung pun boleh jadi Perdana Menteri.tak apa. Bukan senang hendak jatuhkan hukuman (hudud) kerana ada syarat dan prosedur,” katanya kepada pemberita pada kongres itu.

Mengulas sama ada PAS bersedia untuk berdamai dengan UMNO pada masa depan,Nik Aziz berkata,pihaknya masih membuka pintu rundingan namun pemimpin UMNO perlu berubah dengan berpegang kepada ajaran Islam.selama ini UMNO tak berpegang pada ajaran islam ker ??? dah lebih 50 tahun buat kebajikan kepada rakyat malaysia ???


“Hendak kata selama-lamanya (bermusuh dengan UMNO) tidak bolehlah... doa kita supaya hati orang Islam berubah daripada nasionalis kepada Islam. Orang tidak sokong ini adalah Melayu nasionalis, sekarang ini pun orang Cina dan India pun ada dalam kelab menyokong PAS dikenali Dewan Himpunan PAS,” katanya.

Katanya, PAS pernah berdamai dengan UMNO menerusi penyertaannya dalam Barisan Nasional (BN) pada 1973, malah beliau antara yang menyokong kuat penggabungan itu.

“Tetapi bila kami masuk,dia (BN) tendang kami kerana rasa gagah.Inilah UMNO yang tidak berasas kepada agama yang mengajar kita mensyukuri nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam hendak masuk gerakan nasionalis. Sekarang dia ajak kami,” katanya.


Sementara itu,sekumpulan 37 ahli PAS Cawangan Bakau Tua,Penaga,mengisytiharkan keluar parti itu.Mereka yang rata-rata berusia 20-an dan sudah berdaftar sebagai pengundi, membuat keputusan keluar parti kerana kecewa dengan kepemimpinan PAS yang gagal membantu kebajikan ahli.Kumpulan itu yang diketuai Roslan Abdullah,menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin yang kemudian menyerahkannya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga,Datuk Azhar Ibrahim.



AYAT AL-QURAN SEMUANYA POLITIK ???

BIAR BETUL NIK AZIZ NI ???

KEPADA PAS !!!

BAGUS KALAU NAK BUAT HUDUD !!!

TAPI BILA NAK BUAT ???

SEKALI KENA TOLAK DENGAN DAP,TAK BOLEH BUAT !!!

AKTA 39B 1957 UNTUK AKTA DADAH BAHAYA DAN HUKUMAN GANTUNG MANDATORI

SAMA KAN DENGAN HUDUD ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Insan kerdil said...

Peristiwa tahun 1973. Apa yang terjadi pada tahun itu masih segar pada mereka yang masih hidup. Nik Aziz boleh berdolak dalik dan akhirnya menuduh UMNO menendang PAS.

Seperti sekarang setiap kegagalan PAS semuanya dibebankan kepada UMNO.

Nik Aziz kenapa sifat demdam kamu itu tak kunjung padam.Kamu keluarkanlah satu fatwa bahawa dendam itu dibenarkan dalam Islam.

Oleh itu sesiapa yang menyimpan dendam boleh melepaskanya waima akan bergelimpanganlah darah umat Islam di negara ini seperti mana sedang berlaku di serata pelusuk dunia sekarang ini.

Sekiranya itulah yang Nik Aziz ingin lihat. Maka waktu itu barulah puas hatinya.

Kerana dalam UMNO itu juga terdapat umat-umat Islam yang tidak taksub politik seperti Nik Aziz.

Umat-umat yang hidup di bumi Allah swt ini mengharap keredaan Allah swt.

Seperti Nik Aziz benci kepada UMNO begitu juga mereka muak dengan perangai Nik Aziz yang setiasa menghina UMNO.

PAS bukanlah penyelesaian kepada masalah umat. PAS terlalu angkuh, bongkak dan sombong.

Sentiasa pandang hina kepada ahli-ahli UMNO. Dalam PAS itu sendiri masih terdapat ahli yang cetek pengetahuan agamanya.

Sebusuk-busuk UMNO pergilah kemana sahaja di bandar, didesa mahu pun di kawasan PAS itu sendiri akan adalah masjid dan surau.

Ini tidak termasuk lain lain kemudahan seperti klinik bidan, hospital, sekolah, jambatan, air letrik, pengankutan, pejabat pos, internet dll.

Oleh kerana Nik Aziz bukanlah seorang teknokrat Islam yang berwibawa hanya cukup dengan ilamu yang dia ada, maka Islam yang dibawa oleh Nik Aziz mudah dipermainkan oleh sekutunya dalam politik.

Riak itu adalah satu sifat yang ...

Anonymous said...

BEBAL SUNGGUH PUAK2 UMNO NI..

PERKARA DAH SELESAI DAN DIPUTUSKAN DLM MESYUARAT PIMPINAN PR, DAH HUDUD TDK BOLEH DILAKSANA KRN KONTRA DGN PERSEKUTUAN.

DAH HABIS TU DAH LAH..YG UMNO BISING2 LAGI BUAT APA?

SIAPA YG MEMPOLITIKKAN ISU INI..BUKAN PAS, TP UMNO YG BERLEBIH2 PULAK...SOAL HUDUD NI ADALAH 1/10 SAJA DR KEUTAMAAN, BYK BENDA2 LAIN YG MEMBELENGU HIDUP RAKYAT KO TAK AMBIL PEDULI LANGSUNG...

SOAL PAS DAN HUDUDNYA SDH TAMAT DAN SDH DITERIMA OLH PAS DAN PR, SERTA RAKYAT MEMAHAMI HASRAT PAS SERTA HORMAT PD PRINSP PAS..

NAMUN UMNO USAHKAN NAK CUBA MELAKSANA HUDUD, NAK CAKAP PUN TAK BOLEH, TAKUT SGT KAT MCA, GERAKAN!!! ITU LG BACUL DR PAS YG TERANG2 SUARAKAN HASRAT, TP UMNO NAMA SAJA MELAYU ISLAM TP MENOLAK MENTAH2 HUDUD..DAH LAH TOLAK HUDUD, MNGUTUK PULAK ORG NAK LAKSANA!!!



KO TAK MALU KER DGN PAS?

PAS LBH GENTLEMEN DR UMNO....
UMNO AMAT LEMAH DGN BN SENDIRI!!!

Anonymous said...

PANDAI LAH KO BADUT!

KOMEN AKU KO DELETE..KATA NAK BEBAS BAGI PENDAPAT...LAST2 KO SENDIRI DELETE SETIAP KOMEN YG PANAS DAN TDK SEALIRAN DGN KAMU!!!

APA BENDE LA KO!!!

PATUTNYA ENGKO AMBIK IKTIBAR SETIAP PANDANGAN KONTRA, INI TAK KO SENDIRI BUANG WALAU SUDAH DIPAMERKAN PD BLOG KO!!!

INI LAH YG SERING TERJADI PD UMNO...PANDANGAN TELUS DAN TERUS TERANG DIA TAKUT NAK DENGAR, APA YG DIA NAK DENGAR KOMEN DAN PANDANGAN MULUK2, BODEK2, AMPU-MENGAMPU...LAST2 AKHIRNYA UMNO TERSUNGKUR,DIA INGAT SUME BAGUS2, TP RAKYAT MAKIN MELUAT DAN BENCI, DIA TAK NAK DENGAR TU SUME!!..KATA SEMUA O.K, TP SEMUA K.O!!!

INI LAH YG TERJADI PD UMNO!!!

BODOH SOMBONG!!! KO SAMA DIJANGKITI SINDROM OK, TP SUME K.O BADUT!!!

BAGUS LAH BLOG PAPA GOMO..DIA TAK KIRA..SUKA KE, KUTUK KER...TAK PERNAH DIA DELETE!!!

Anonymous said...

bendera jepun tak sesuai la, cari contoh lain

Anonymous said...

halo anon October 2, 2011 7:56 PM, aku setuju dengan ko.. papagomo lebih gentlemen.. aku post kat blog pembangkang pon kena delete.. sebijik macam ko cakap.. bila kala dia tulis nak 'waiting for author's permission' je dah tau dah.. geng korang pon sama je.. apa korang ingat diorang tu baik sangat ka? tak boleh terima fakta.. ini takde kena mengena dgn orang2 lain dalam umno macam aku.. itu sikap individual blogger masing2.. aku kadang2 hangout kat papagomo all the time.. isuue intellectual yg penuh dgn baral baral baru aku masuk.. sana, 'you're welcome to say wtf you want.. he will print it.. if so happens i'm around, aku akan taruk cukup2 dengan view aku.. welcome to the real world, not in some malai 'vaffancullo' kaldais in pakatan shit fantasies ya..

apa, hang rabun ka pakai capital letter ni? kalo rabun takpe, jangan buta bangsa sudah!

 
 
Blogger Templates