Social Icons

Pages

Sunday, October 02, 2011

SAH !!! HUDUD PAS TIDAK AKAN DI LAKSANAKAN WALAUPUN SELEPAS PRU 13 !!!


DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti,kata pengerusi parti Karpal Singh.Katanya,pelaksanaan hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum hudud termasuk apa yang diusulkan oleh Pas di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal,yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.Karpal berkata, Pas perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. - Bernama



AYAT AL-QURAN SEMUANYA POLITIK ???

BIAR BETUL NIK AZIZ NI ???

SEKALI LAGI KARPAL SINGH BERSUARA !!!

TAK PERLU BUAT HUDUD !!!

KALAU NAK BUAT JUGA BOLEH !!!

BUANG DAP DARI PAKATAN !!!

ADA BERANI ???

No comments:

 
 
Blogger Templates