Social Icons

Pages

Wednesday, May 22, 2013

BONGKAR !!! #PRU13 !!! GULING KERAJAAN !!! TUNKU ABDUL AZIZ MEMBELASAH ANWAR IBRSHIM KAW-KAW !!!


Sabtu lalu,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dalam dakwaan Tunku Aziz,seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.Namun,hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut.Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP,tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak. 

Ini kerana,jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara.Sekali gus,ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.Dalam pada itu,dua parti komponen PR iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut.Tetapi,Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub berkata,parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.Menurutnya,Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.Malah,Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas,Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran,bukannya melalui ledakan di jalan raya. 

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya ??? Itu adalah gopoh.Fikirkan kemenangan melalui kesabaran.Kesabaran adalah kunci yang membuka.Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.Nampaknya,hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya.Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini.Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil,namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

berasiam said...

Siapa kata spring tak jadi. Anuwar punya spring dah lama melantun2, China doll pun dah rasa, banyak jantan pun dah kena. Yang pak lebai punya spring pun sama gak. Dalam ketapi pun spring boleh melantun. Kalau nak lagi banyak spring melantun, kena sediakan umpan macam yang mereka dapat tulah. Barulah banyak spring boleh melantun. DAP tentu tak ada masalah nak sediakan umpannya. Kan banyak China doll, Vietnam, Siam dan macam2 doll lagi yang mereka kawal. Semua tulah yang boleh memastikan spring melantun di jalanraya Malaysia.

Anonymous said...

Dap itu demons- strasi action parti .......

Anonymous said...

ha..ha..ha !

Anonymous said...

Anwar punya spring is spring through vote. Bukan spring dijalan raya atau china doll bagai. Better check statement ye. Tq

 
 
Blogger Templates