Social Icons

Pages

Wednesday, December 07, 2011

SAH !!! PAKATAN HARAM AKAN KUCAR KACIR !!! PKR NAK ANWAR IBRAHIM !!! PAS NAK HADI !!! APA YANG ANDA NAMPAK ???


Jika PKR mahu penasihat parti,Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ketujuh,Pas juga bertegas mahukan Presiden mereka,Abdul Hadi Awang menjawat jawatan itu.Perkara itu dinyatakan sendiri Ketua Dewan Ulama Pas Pusat,Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali sebagaimana dipetik sebuah portal politik dalam ucapan dasar beliau di kongres PKR kelapan di Johor Bahru,25 November lalu.Harun tidak menolak,jika Pakatan berjaya memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang dan Pas menyumbang kerusi yang banyak kepada Pakatan,sudah tentu parti-parti lain tiada masalah untuk menjadikan Presiden Pas sebagai Perdana Menteri.

“Kalau mereka (PKR) mahu begitu, kita juga mahu Presiden Pas jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun bagaimanapun menegaskan, perkara berhubung siapa jadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan buat masa ini memandangkan PR belum berjaya membentuk kerajaan.Apa yang penting katanya, PR perlu bekerja untuk memastikan kemenangan menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum mengetengahkan soal pemimpin yang layak menyandang jawatan penting itu.

“Kita perlukan kemenangan dalam pilihan raya, itu yang penting. Soal siapa jadi perdana menteri, tidak mustahak. Kalau kita cakap besar tetapi tidak menang, tiada gunanya,” katanya.

Mengulas lanjut kenyataan Azmin,Harun menjelaskan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menyifatkan Azmin hanya berkhayal.Jelasnya, jika benar ada keputu­san­ bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri ketujuh, sudah tentu perkara itu telah dibincangkan secara rasmi membabitkan ketiga-tiga parti dalam PR.Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarang perbincangan meja bulat mengenainya sehingga kini.

“Parti yang tidak boleh menubuhkan kerajaan sendiri bergantung atas keputusan bersama sebagaimana PR dan perkara ini akan diputuskan pimpinan PR. Sekarang ini (keputusan siapa jadi perdana menteri) belum ada.Itu dia (Azmin) punya pandangan tetapi bagi kita, selepas menang pilihan raya nanti baru diputuskan,” katanya

2 comments:

sebelahrumah said...

Salam bro,

Ni ada satu lagi isu terkini pakatan haram dok gembar gembur. Diorg nak pecahbelahkan, kucar kacirkan barisan teguh kita. Link

Anonymous said...

Badut kamu tak payah susah sampai masa nya nanti kita tahu sapa yang jadi pm kat malaysia ni tapi bukan umgok punya by by umgok

 
 
Blogger Templates